![]() ![]() Tidak sepatutnya orang jahil diam diatas kejahilannya. Tidak sepatutnya orang alim diam diatas ilmu yang ada padanya. Orang alim wajib menyebarkan ilmu yang ada padanya, dan orang jahil wajib mencari ilmu supaya hilang kejahilan pada dirinya. Satu ketika hati ini jadi bisu......Kita sudah tidak berkehendak.. dan kita Ingin menamatkan riwayat blog ni. Tetapi.. hadith diatas telah menahan kita dari melakukannya. Maksudnya.."orang alim (berilmu), wajib menyebarkan ilmu yang ada padanya, dan orang jahil wajib mencari ilmu agar hilang kejahilan yang ada pada dirinya". Hati ini terpanggil. Walaupun ilmu tidak sebesar mana..namun kita ingin berkongsi dengan kalian disini. Sudikah kalian berkongsi dengan kita juga?. Dalam kepesatan pertumbuhan blog yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan ini, kita sedar dan kita tahu dimana blog yang kerdil ini berdiri. Hanyalah teratak usang yang sentiasa sudi menjadi tempat persinggahan untuk tetamu yang datang. Teratak ini tidak gah.. malah sebenarnya kewujudannya tidak ingin dikenali. Tapi, jika sudi untuk bertamu, silakan menyelesakan diri.,, bacalah dengan adab dan akhlak. Sudi-sudikan membuka pintu hati dengan kunci keikhlasan dan dengan sangkaan baik. InsyaAllah.. Semoga Allah memberkati ilmu yang sedikit ini buat kita semua. Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk dengan segala keindahanNya. ~Petikan entri 26 Januari 2009~ |
|
My wish for you.. When you are lonely,
|
wanna know more about... Ella ceramahislam hearislam Motivation for success VISION is the art of seeing the future GOOD EXAMPLE is the first great gift we can bestow on others KNOWLEDGE : It is possible to fly without motors, but not without knowledge and skill SUCCESS is a journey, not a destination WISDOM is the power to put our time and our knowledge to the proper use PERSEVERANCE : Effort only fully releases its reward after a person refuses to quit. FRIENDSHIP without self-interest is one of the rare and beautiful things in life DETERMINATION: Its the constant and determined effort that breaks down all resistance and sweeps away all obstacles ATTITUDE : People can alter their lives by altering the attitudes of mind COURAGE :Success is that old ABC - ability, breaks and courage PATIENCE : Our patience will achieve more than our force PERSISTENCE : In the end, the only person who fail are those who do not try! luv shinchan! |
mmm Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Lama sungguh kita tidak menjenguk ke sini. Tak pasti, masih ada yang dtg bertamu atau tak..tak kesah lah. Dulu kita jatuh kedalam lubang yang sgt dalam. tapi dengan cahaya cinta Allah, kita keluar dari lubang itu, bangun, berdiri dan berjalan. Kemudian semakin laju kita berjalan. Berjalan dan berjalan, sehingga akhirnya tanpa sedar kita sudah pun berlari. Kita berlari dan berlari dengan begitu laju... atau mungkin juga bukan berlari, tp perjalanan kita sangat laju. Sehingga kita tidak nampak lagi apa yang ada di kiri dan kanan. Perjalanan yang sungguh laju sehingga deretan cahaya kelihatan satu dan menyinari perjalanan kita. Kita tahu apa yang ada di belakang kita. Adalah kisah hidup dan usia yang semakin ditinggalkan. Kerana perjalanan yang sungguh laju, kita tak sedar rupanya sudah terlalu banyak kisah yang kita tinggalkan demi mengerjakan kisah SEKARANG--NOW!.. Jika terus dengan masa SEKARANG, jadi bagaimana dengan hari esok? Apakah kita tidak merancang untuk hari esok?.. Perancangan itu perlu, tp sekadarnya saja. Kerana...kita tahu apa yang ada di hadapan kita.. dan ianya semakin dekat!.. KEMATIAN!.. janji yang pasti disempurnakan.. Jadi, mengapa perlu risau akan masa depan?.. kerana masa depan bukan milik kita. Ianya milik Allah... Tanggungjawab dan tuntutan hidup sangat2 menunjukkan taringnya sekarang.. Kita sudah tak berkesempatan menulis blog lg.. BIla terasa seperti ingin menulis, kita akan mula terfikirkan segala kerja2 yang belum selesai. Lebih baik diselesaikan dulu.. Namun, kalau namanya kerja.. memang tidak akan pernah selesai, kan? Begitu ajaibnya perjalanan hidup ini.. Allah pinjamkan dunia dan nyawa ini sebentar cuma. Untuk kita isikan dengan sebaik-baiknya.. Kita ingin isikan dengan sebaik-baiknya sepenuhnya!.. kalau boleh setiap detikan saat dan jantung yang berdegup, kita ingin isikan dengan sebaik2nya.. namun kita tak mampu. Memang terasa sia-sia bila masa dan usia berlalu begitu saja tanpa manafaat. Namun kadang2 kita sangat penat!.. exausted!..Rehat? layakkah kita untuk rehat, jika amalan hanya secebis?. Kita takut, bila tiba masa Allah menjemput kita nanti, kita belum bersedia bertemunya. Kita takut, kita akan menyesal nanti, kerana masa byk dibaziri dengan perkara2 yang lagha.. kita tak mahu menyesal begitu.. Juga kita bimbang, diri ini akan semakin sayang untuk meninggalkan dunia yang menipu ini. Kita jadi sayang nak meninggalkan harta benda dan keluarga.. walhal, Cinta kepada Allah adalah yang tertinggi!, tiada duanya.. Mampukah mengharungi hidup ini? mampukah mengharungi hidup ini dengan menegakkan syiar Allah? Syukur atas segala kurniaan Ilahi yang sungguh besar dan tidak pernah putus.. AllahuAkbar!.. SubhanAllah.. Kita hargai setiap detik yang kita lalui dan kita akan terus melangkah dengan redhaNya... Amin. Semoga kita semua beroleh ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal, anak2 yang soleh dan solehah, usia dan hidup yang diberkati Allah, serta terhindar dari azab kubur dan api neraka. Semoga bertambah ilmu dan ketakwaan kita semua kepada Allah. Amin. oh ya, ada seseorang telah mencadangkan agar menukar nama blog kerana nama 'blurgiler' kurang sesuai dengan konsep blog.... Hmm...terima kasih kepada yang meninggalkan komen. Sebenarnya, kita pun ada terfikir untuk menukarnya, tp kita juga masih sayangkan sejarah bagaimana nama 'blurgiler' terhasil. Walau mungkin nama tu, tidak tidak sesuai dan kurang manis, tidak menggambarkan diri kita dan blog kita, namun tak mengapa. Buat masa ini biarlah begitu. Jika ikutkan fatwa hati, hati menyuruh untuk mengekalkannya buat masa ini. InsyaAllah, tentu ada hikmahnya. Walau apa pun, semoga blog ini membawa kebaikan kepada pembacanya. Amin. Semoga bertemu lagi. InsyaAllah dlm jangkamasa yang dekat...
lerai Rupanya, tubuh badan kita ada cara untuk memberitahu kita bahawa setiap sesuatu ada limitnya. Walaupun kita bijak menguruskan masa, walaupun kita bijak mengawal stress, walaupun kita bijak menjaga kesihatan, walaupun kita bijak menjaga hati..walaupun kita bijak membuat percaturan... namun, bila tiba masanya mencecah limit, kita akan tahu juga. Itulah keupayaan kita.. cuma setakat itu. Rungkaian itu terlerai, lemah kerana talinya rapuh. Sedang orang-orang yang besar jiwanya, akan mampu meneruskan melebihi limit... kerana...?? Ya itulah kekuatan dari Allah. Hanya Allah yang mampu memberikan kekuatan itu. Jadi, carilah kekuatan itu.. kutiplah ia disepanjang jalan-jalan kehidupan. Lagipun, kehidupan ini hanyalah sementara menunggu mati. Sementara kaki masih gagah melangkah dan badan masih mampu menongkah arus, teruskanlah melakukan yang hak. Kelak bila badan sudah terkulai.. jangan disiakan lidah dan bibir. Basahkanlah ia dengan zikrullah. Jangan putus asa dalam perjuangan hidup. Jangan putus asa dengan nikmat Allah. Jangan tertipu dengan nikmat masa yang lapang dan tubuh yang sihat. Bangkit dan berusahalah. Berusaha untuk mati dalam husnul khatimah......Amin. Ya Allah, Ampunkah diriku yang sering lupa. Ampunkan diriku yang lemah. Bimbing aku ke jalanMu ya Allah. Lindungi aku dari sirna dunia yang menipu ini. Amin....
Update yang membosankan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Pernahkah anda mengalami keadaan di mana tiba-tiba anda rasa anda tidak lagi mengenali sahabat yang selama ini anda fikir anda sudah mengenali dia?. Begitu lebih kurang yang kita rasai sekarang. Tentu ia bukan satu perkara yang pelik kan? Pastinya ia juga salah satu rencam kehidupan. Kita tahu dan sememangnya kita sedar, tp untuk menjadi diri kita dan menerima keadaan ini.......rasanya sungguh sukar. kita tahu bahawa sebahagiannya adalah salah kita sendiri. Kita terlalu menjaga hati sendiri dari menerima hakikat tentang the dark side of the human's world. Bagi kita, semuanya indah, semuanya baik, semuanya suci sehinggalah terbukti dengan nyata yang sebaliknya. Dan selalunya pembuktian itu melukakan hati kita... that's why... Anyway, sudah lama betul kita tak update apa-apa. BUkan sudah melupakan, malah hampir tiap hari juga berazam utk update tp tidak kesampaian. Samaada idea kita 'stuck' ketika diawal mengetuk kunci keyboard ataupun kita dah tertido sebelum sempat menulis apa2, mahupun ketika sudah mula menulis apa-apa. Kita sering di hambat waktu dan setiap hari kita cuba mengaplikasikan time management yang baru dan kononnya lebih effisyen. Tp kita kena juga akur bahawa dalam satu hari kita hanya punyai 24jam dan begitu juga dengan orang lain. Sometimes we just have to be realistic!..neway, I still remember that I owe to you readers the story of my journey to Mekah Al-Mukarramah.. and also my trip to London and UK tour. InsyaAllah I will.. juz keep me encouraged. So, to cut the story short (<--- oopss.. macam tajuk novel Jeffrey Archer lak), kita akan tulis serba sedikit tentang apa yang telah berlaku. D"KECEK (Deaf Kids Excelent Centre of Kelantan)
ehem.. lawa tak? simple dan buat sendiri aje. JImat kos.. Setelah lebih 2 tahun kita membantah cakap bos (atas sebab-sebab yang realistik) akhirnya kita tidak boleh membantah lagi. Jika selama ni bos pun orait je dgn bantahan kita sebab dia tahu kita betul, tp pada bulan Julai yang lalu kita faham bilamana kita tak boleh membantah lagi dan mesti akur. Kita akur pun sebab keadaan sudah menjadi possible walau mungkin tidak luxurious. Cuma kita harap things will get a little bit more better before we starts to do anything. But hey, boss is still a boss. Kalau nak bantah pun, mesti tahu hadnya. So, pendek cerita, kita akur.. akur dalam tangisan. Menangis sebab kebuntuan tak tahu nak mula dari mana dan bagaimana. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Perkara yang dilihat mustahil untuk dilakukan, telah pun dibuat. Berkat tungkus lumus dan kerjasama semua orang terutamanya pertolongan dari seorang pegawai audiologis yang sangat rajin dan tak berkira, akhirnya pada 30 Ogos 2009, kami telah membuka D'KECEK- Deaf Kids Excelent Centre of Kelantan dengan pengambilan percubaan seramai 7 orang sahaja yang kini dah tinggal 5 orang. Pelajar-pelajar ni adalah kanak-kanak yang bermasalah pendengaran berumur dalam lingkungan 2 thn hingga 4 tahun dan memakai alat bantu pendengaran atau implan koklea. So, kita sebuk set up kelas ni dengan kurikulum dan segala facilities adhoc yang perlu. Hasil penat lelah non-stop, alhamdulillah 'anak-anak' kita ni dah pandai mendengar dan membezakan bunyi, sudah faham rutin dan ujaran-ujaran rutin dan sudahpun mula meniru bunyi-bunyi pertuturan. Alhamdulillah.. tahniah juga diucapkan kepada para tenaga pengajar. InsyaAllah, lain kali kita akan tulis pasal D'KECEK dengan lebih lanjut.
Ramadhan dan Syawal Ramadhan tahun ni adalah Ramadhan yang paling sebuk buat kita. Dengan D'KECEK yang baru bermula dan perlukan perhatian khusus setiap hari, dengan anak-anak D'KECEK yang menangis dan mengamuk hampir setiap hari akibat ditinggalkan ibubapa, dengan tenaga pengajar termasuk kita yang terpaksa mengawal kelakuan anak-anak bermasalah pendengaran yang tak faham apa2 ni, Waa wee... you wouldn't believe what we have gone through. Sepanjang Ramadhan sementara tenaga pengajar lain membiasakan diri, kita memastikan kelas berjalan dan menjadi duta pengaman. Penatnya, Allah saja yang tahu. Selain D'KECEK, ramadhan lepas juga menyaksikan kita gatal tangan ambil tempahan tart nenas lagi. Sebenarnya, kita hanya menerima tempahan sahabat terdekat sahaja. Itu pun kita terima sebab kita suka buat dan memang kita tahu sahabat kita yang sorang tu memang giler tart nenas. Tiap2 tahun dia mesti mintak kita buatkan. Cuma kali ni tempahan dia bertambah la pulak. So, dlm keadaan yang dah memang sedia sebuk tu, kita pun adjust jadual ramadhan agar kita sempat siapkan tempahan. Tp, adjust macam manapun, D'KECEK sentiasa perlukan perhatian kita menyebabkan segala jadual yang dirancang tidak ditepati. Kita cuba sedaya upaya menyelesaikan sebanyak mungkin kerja ketika waktu pejabat supaya bila di rumah kita akan dapat menyelesaikan tugasan dirumah pula. Allah kata, siang untuk urusan dengan dunia dan malam untuk urusan dengan Allah. Dan malam pula ada pembahagiannya kan?.. kita cuba buat seperti mana yang Allah suruh. Selagi ada kudrat dariNya, manakan boleh kita menidakkan nikmat yang diberikanNya kepada kita selama ini. Kita mesti mengucapkan syukur setiap hari dan setiap masa kepada yang Esa.. InsyaAllah, semoga diberikan kekuatan. Alhamdulillah, semuanya ok, cuma badan yang kepenatan ni bertambah penat bila dipaksa bekerja tanpa rehat yang cukup. pengajaran: Selain D'KECEK dan tempahan tart nenas, kita juga dipertangungjawabkan untuk menguruskan pembinaan clinic kita. Kita dah cuba menolak, tp dekan telah spesifically mentioned my name, walaupun kita bgtahu dia yang kita ni pompuan dan suara kita selalunya tak di dengari dalam urusan2 gini, dia tetap suruh kita jugak. Kita malas la nak buat kerja yang lelaki lebih sesuai buat. Tak nak berebut la. Dan kita serik kes yang dulu. Tp dekan suruh juga. Apa nak buat. Berdoa, berusaha dan buat aje la. Selebihnya tawakkal kepada Allah. So, Alhamdulillah so far semuanya ok. Harap ok la sampai selesai. Dan harap tak de timbul masalah bila dah selesai nanti. InsyaAllah, Amin.. Dan sekarang kita kena uruskan dari sudut administration lak. Ada byk halangan menanti, tp InsyaAllah Allah akan permudahkan jalan2nya. AMin..
Ex-student
ooo000ooo
Wassalam.
Hiburan dan krisis nilai.. Hmm... apa sudah jadi dengan masyarakat Malaysia khususnya bangsa melayu kita ni?.. Sedih rasanya. Kita dah lama perhatikan cuma malas nak komen apa-apa... malas nak menulis sebenarnya. Tp sejak semalam, dah 2 kali kita dengar komen yang serupa.. "siapa tak tengok, dia rugi besar".... Dalam hati kita mengucap panjang. Krisis nilai lagi.. krisis nilai yang semakin menjurang dalamnya. Kita tak suka membuat provokasi tentang isu ini dan kita tak berniat untuk membuat provokasi. Hal ini kerana isu ini sudah jelas dinyatakan dalam Al-Quran--boleh atau tak bolehnya. Dan kita mohon maaf kerana kita masih belum pandai untuk menghuraikan isu ini dengan fakta ilmiah. Tapi kita harap, luahan yang sedikit ini sekurang-kurangnya dapat mengerakkan daya fikir.. fikir tentang nilai dan krisis nilai. Sekurang-kurangnya untuk bertanya diri sendiri, dimana anda berada dalam krisis nilai ini. Of course, dalam setiap perkara tentu ada pengecualiannya. Pengecualian buat remaja Malaysia dan rakyat Malaysia yang masih menekuni ilmu dan akhlak. Pengecualian buat Muslim di Malaysia yang sentiasa berjuang di jalan Allah, tak kira kecil atau besar. Alhamdulillah.. Teruskan semangat dan usaha kalian. Semoga Allah mempermudahkan usaha dan melindungi kita semua dari fitnah dunia. Semoga beroleh penamatan hidup yang baik (husnul khatimah), amin.
Monolog.. Pernahkah rasa seperti sedang mati perlahan-lahan? Saat dunia yang indah ini sudah tidak bermakna lagi buat anda? Saat anda berjalan dan menghirup udaraNya yang segar, tapi di dalam hati anda yang ada hanyalah 'kosong'... kosong untuk hidup ini. Anda tercari-cari di mana hati anda...dan saat anda temuinya hati sedang merintih untuk 'pergi'. Pernahkah anda rasai begitu?..
Kita sudah lama tak mendengar lagu.. maksud kita lagu di radio atau kaset atau cd. Sesekali terdengar dan terlihat di TV tu.. kita pun tak ingat dah. Entah kenapa tiba2 aktiviti mendengar lagu di telinga dan masuk ke hati ini sudah tidak kita sukai lagi. Kita rasa rimas. Dan hati lebih suka memilih untuk berada dalam keadaan sunyi atau mendengar kisah2 mengenai kebesaran Allah atau mendengarkan kata-kataNya dalam Al-Quran. Tapi hari tu... sewaktu kita browse menu di skrin tv dalam flight-- dalam satu perjalanan yang panjang.. kita temui lagu yang sudah sekian lama tidak kita dengar. One of my feveret song, tp memang sengaja-sengaja tidak mahu mengingati. Ini lagunya.. .......................................................................................... Chiquitita, tell me whats wrong ......................................................................................... I love their vocal-- so harmonic!. My faith is only to HIM.. Allah knew better. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah kan?.. Dunia adalah tempat untuk diuji, tempat untuk merasai bahagia adalah di syurga....
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||