Tidak sepatutnya orang jahil diam diatas kejahilannya.
Tidak sepatutnya orang alim diam diatas ilmu yang ada padanya.
Orang alim wajib menyebarkan ilmu yang ada padanya, dan orang jahil wajib mencari ilmu supaya hilang kejahilan pada dirinya.

Satu ketika hati ini jadi bisu......Kita sudah tidak berkehendak.. dan kita Ingin menamatkan riwayat blog ni. Tetapi.. hadith diatas telah menahan kita dari melakukannya. Maksudnya.."orang alim (berilmu), wajib menyebarkan ilmu yang ada padanya, dan orang jahil wajib mencari ilmu agar hilang kejahilan yang ada pada dirinya". Hati ini terpanggil. Walaupun ilmu tidak sebesar mana..namun kita ingin berkongsi dengan kalian disini. Sudikah kalian berkongsi dengan kita juga?. Dalam kepesatan pertumbuhan blog yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan ini, kita sedar dan kita tahu dimana blog yang kerdil ini berdiri. Hanyalah teratak usang yang sentiasa sudi menjadi tempat persinggahan untuk tetamu yang datang. Teratak ini tidak gah.. malah sebenarnya kewujudannya tidak ingin dikenali. Tapi, jika sudi untuk bertamu, silakan menyelesakan diri.,, bacalah dengan adab dan akhlak. Sudi-sudikan membuka pintu hati dengan kunci keikhlasan dan dengan sangkaan baik. InsyaAllah.. Semoga Allah memberkati ilmu yang sedikit ini buat kita semua. Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk dengan segala keindahanNya.

~Petikan entri 26 Januari 2009~



On no soul do Allah place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. (pray) "Our Lord!. Condemn us not.. If we forget or fall into error; Our Lord! lay not on us a burden, like that which thou didst lay on those before us; Our Lord! lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art our Protector; Help us against those who stands against Faith."

~ The last verse of Surah Al-Baqarah (The Heifer - 286)

Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia"

(Muslim dan Tarmidzi)

My wish for you..

When you are lonely,
I wish you love
When you are down,
I wish you joy
When you are troubled,
I wish you peace
When things are complicated,
I wish you simple beauty
When things are chaotic,
I wish you inner silence
When things look empty,
I wish you hope..



Maybe there's nothing more to say.. And in a funny way I'm calm... Because the power is not mine... I'm just going to let it fly
   

<< March 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



wanna know more about...


Ella

ceramahislam

hearislam

ust. zaharuddin

Cik Ct's Photos

Teladan Hidup:Saiful Islam


Motivation for success

VISION
is the art of seeing the future
GOOD EXAMPLE is the first great gift we can bestow on others
KNOWLEDGE : It is possible to fly without motors, but not without knowledge and skill
SUCCESS is a journey, not a destination
WISDOM is the power to put our time and our knowledge to the proper use
PERSEVERANCE : Effort only fully releases its reward after a person refuses to quit.
FRIENDSHIP without self-interest is one of the rare and beautiful things in life
DETERMINATION: Its the constant and determined effort that breaks down all resistance and sweeps away all obstacles
ATTITUDE : People can alter their lives by altering the attitudes of mind
COURAGE :Success is that old ABC - ability, breaks and courage
PATIENCE : Our patience will achieve more than our force
PERSISTENCE : In the end, the only person who fail are those who do not try!


luv shinchan!

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, March 22, 2009
Apakah takrif kejayaan?

Pertama mula, kita ucapkan tahniah buat adik Nik Nur Madihah atas kejayaan cemerlangnya memperolehi 20A dalam SPM baru-baru ini. Terharu rasa hati bila melihat kedhaifan keluarganya, tetapi dia telah berjaya membuktikan bahawa kebendaan bukanlah penentu kejayaan. Respek kat dia.. lebih-lebih lagi bila dia membuktikan bahawa berpegang kepada agama juga bukanlah penghalang kejayaan. Alhamdulillah... tahniah. Sejuk rasa hati bila membaca berita-berita sebegini ditengah-tengah lautan berita yang 'memanaskan' hati dan otak. Alhamdulillah... rasanya kejayaan adik Nik Nur Madihah juga menjadi pengubat hati buat ramai orang.. Tahniah sekali lagi.

Apakah takrif kejayaan?

Ada banyak takrif kejayaan namun apakah kejayaan yang hakiki?

-------> saat menerima kitab amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak.

Lantas, kita di dunia hanyalah berusaha menghabiskan nyawa yang ada, dengan mengisi kehidupan dengan amalan yang boleh membantu kita di akhirat kan? Bukankah hidup ini lawannya mati?. Kita semua menuju kematian. Soalnya... berapa banyak harta yang kita boleh bawa setelah kita mati?.. Pernahkah kita 'mengira' berapa banyak harta kita yang boleh dibawa ke akhirat?

Semakin cepat kita sedar akan hakikat ini adalah semakin baik. Tapi malangnya, majoriti manusia tidak menyedarinya.. dan sekalipun mereka sedar mereka tidak berusaha kearahnya. Inilah yang dinamakan 'tertipu dengan keindahan dunia'. Kesibukkan dalam meneruskan hidup seharian menjadikan masa pantas berlalu dan umur hilang tanpa diisi sepenuhnya. Kita mencari-cari ruang untuk berehat dan bertenang untuk beramal ibadat, tetapi di kebanyakan waktu itu kita terlalu lelah untuk memenuhi tuntutan kehidupan. Lalu saat- saat itu berlalu sebagai satu amalan kerehatan untuk kesihatan. Kita tidak mampu menukar waktu senang dan lapang kita dengan amalan tambahan. Kita terlalu lemah dengan nikmat dunia dan kita jual akhirat dengan dunia. Nauzubillah..

Lantas jadilah kita, manusia yang tertipu dengan nikmat yang paling banyak manusia tertipu dengannya.... iaitu nikmat MASA!. (Lindungi kami Ya Allah..)

Pernahkah terfikir, saat kita hendak menonton televisyen untuk satu slot drama satu jam, satu jam akan dibaziri namun.. jika satu jam itu dipenuhi dengan membaca Al-quran, satu juzuk InsyaAllah sudah dihabeskan?.. dan manakah yang lebih bernilai di sisi Allah?

Krisis nilai............ya, manusia semakin ketandusan nilai. Semakin keliru untuk merujuk nilai yang bagaimana. [Semoga dihindarkan dari kita semua.. Semoga dipelihara oleh Allah. Semoga Allah menunjuki kita bahawa yang benar itu benar dan yang salah itu salah. Amin]

Sekiranya anda berasa lelah dengan kehidupan setelah anda berusaha sedaya upaya memenuhi masa anda dengan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat, senyumlah dan gandakanlah usaha anda.... kerana sekurang-kurangnya anda telah berusaha. InsyaAllah usaha anda akan beroleh pahala dari Allah.

Sekiranya anda berasa terlalu penat dan seperti ingin berputus asa, tiada perkataan yang lebih baik daripada SABAR!  dan LA HAULAWAKUWWATAILLABILLAH......... tiada kekuatan hanyalah dari Allah...sebagai pengubat hati. Tahanlah segala kesakitan itu kerana ingatlah janji Allah bahawa sesudah kesulitan pasti ada kemudahan.

Sekiranya anda disakiti dengan fitnah yang tidak mampu anda tepis dengan pembelaan, yakinlah bahawa Allah lebih Mengetahui segalanya. Maafkanlah dan teruskan hidup dengan sebaiknya kerana Allah. After all, kehidupan hanyalah untuk mengisi umur sementara menunggu mati. Kehidupan adalah tempat anda diuji dan merasai derita. Berbahagialah bagi mereka yang diuji dan menang dalam ujian malah beroleh keberkatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan diakhirat. Tetapi ingatlah, tempat untuk merasai kebahagiaan yang hakiki adalah di Akhirat. Kejarlah akhirat tetapi jangan diabaikan dunia.

Satu coretan spontan dari kita..untuk ingatan buat diri sendiri yang sering lupa dan sebagai renungan bersama...Semoga beroleh manfaat.

Posted at 11:23 am by azlinda

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry