On no soul do Allah place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. (pray) "Our Lord!. Condemn us not.. If we forget or fall into error; Our Lord! lay not on us a burden, like that which thou didst lay on those before us; Our Lord! lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art our Protector; Help us against those who stands against Faith."
~ The last verse of Surah Al-Baqarah (The Heifer - 286)
Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia"
(Muslim dan Tarmidzi)
My wish for you.. When you are lonely, I wish you love
When you are down,
I wish you joy
When you are troubled,
I wish you peace
When things are complicated,
I wish you simple beauty
When things are chaotic,
I wish you inner silence
When things look empty,
I wish you hope..
Maybe there's nothing more to say..
And in a funny way I'm calm...
Because the power is not mine...
I'm just going to let it fly
|
|
|
 |
|
Sunday, June 28, 2009
Hiburan dan krisis nilai..
Hmm... apa sudah jadi dengan masyarakat Malaysia khususnya bangsa melayu kita ni?.. Sedih rasanya. Kita dah lama perhatikan cuma malas nak komen apa-apa... malas nak menulis sebenarnya. Tp sejak semalam, dah 2 kali kita dengar komen yang serupa.. "siapa tak tengok, dia rugi besar".... Dalam hati kita mengucap panjang. Krisis nilai lagi.. krisis nilai yang semakin menjurang dalamnya.
Kita bercakap tentang program realiti hiburan yang semakin berleluasa di Malaysia. Kebelakangan ini kita melihat Malaysia sedang menghasilkan sejumlah penghibur/ artis dalam jumlah yang tidak terkawal. Yang paling menyedihkan adalah apabila melihat sokongan yang diberi oleh mereka ini... dari usia kanak-kanak 5 thn (atau mungkin lebih muda dari itu) sehinggalah kepada dewasa peringkat atuk dan nenek datang memberikan sokongan dan boleh kita temui dan lihat sendiri di kaca TV. Daripada wanita tidak menutup aurat sehinggalah kepada wanita menutup aurat separuh kepada wanita menutup aurat lengkap, pun dapat kita lihat disana. Pendek kata, rancangan-rancangan hiburan ini telah menusup masuk ke sanubari hampir setiap orang sehingga berjaya menyatukan manusia tak kira peringkat umur dan prinsip hidup. Perlukah diucapkan tahniah kepada mereka ini?.. Satu bangsakah?..
Jawapannya terletak kepada diri anda sendiri. Di mana nilai yang ada letakkan?
Sejujurnya kita sedih melihat perkembangan ini. Kita bimbangkan penularan 'aura' musik dan hiburan yang membekas dalam hati rakyat Malaysia. Kita risau memikirkan penyakit-penyakit lagho yang menular dalam hati tanpa disedari tuannya. Kita sedih melihat ibubapa bangga apabila anak2 mereka terkinja-kinja di pentas untuk meraih gelaran penghibur!.. Apatah lagi jika anak perempuan yang sudah semestinya majoritinya tidak menutup aurat!. Jika adapun yang menutup aurat, pada pendapat kita hanya akan membawa fitnah kepada agama jika dia berada di pentas dan terkinja-kinja menyanyi. Kita sedih melihat anak-anak gadis bersorak sorai melalak dan meraung mengalahkan lelaki untuk menyatakan sokongan mereka. Kita sedih melihat remaja melayu hanyut setiap minggu dalam membicarakan soal penyanyi mana yang bagus, mana yang tidak, siapa yang patut disokong, siapa tidak. Kita sedih melihat remaja lelaki lebih pandai bersorak sorai dan menunjukkan kelelakian hanya dengan tarian atau lebih dari itu hanya dengan meniru gaya dan perwatakan artis barat. Di mana hilangnya fitrah perempuan yang pemalu dan lemah lembut? Dimana hilangnya fitrah lelaki yang bersifat pelindung dan berkepimpinan?.. Jika begini halnya remaja Malaysia hanyut, bagaimanakah corak kepimpinan Malaysia pada masa akan datang?
Kita faham bila saja soal sebegini diutarakan, pastinya akan ada banyak hujah yang tidak senang. Contohnya seperti, "Perempuan sekarang tidak sama macam perempuan dahulu kala. Perempuan sekarang moden, educated, berani dan duduk/berdiri sama tinggi dengan lelaki".. <-- Ya, kita boleh terima hujah sebegini. Kita setuju bhw perempuan Islam patut ada ciri-ciri sebegini. Tapi dengan nilai yang macamana? Moden dan educated, tidak bermakna perempuan Islam harus menjual aurat dan melawan hukum yang telah ditetapkan oleh sang pencipta. Moden dan educated, seharusnya menyebabkan perempuan Islam lebih kenal siapa Tuhan yang menciptakan dia, dan lebih berilmu tentang sesuatu perkara dari semua segi. Dapat melihat sifat Allah disebalik kejadian dan penciptaan- tawadhuk, bukannya menjadi sombong dan angkuh. Moden dan educated, sepatutnya menjadikan perempuan Islam lebih malu kepada Tuhannya dan tawadhuk dalam mencari ilmu. Moden tidak bermakna harus akur dan dibelenggu oleh fesyen momokan Barat yang bertukar 4 kali setahun. Moden tidak bermakna harus goyah prinsipnya dan cuba memurnikan prinsip agama dengan budaya dan agama bukan islam. Yang hukum, tetap HUKUM. Wajib dituruti!tidak boleh memansuh atau melonggarkan dengan sewenang-wenangnya, kecuali dalam keadaan2 yang hak.
Berani, tidak bermakna harus berpakaian jeans lusuh atau memakai banyak accessori rantai di badan. Berani tidak bermakna mesti lantang suaranya. Berani tidak bermakna melenggokkan tubuh di pentas2 sambil menyanyi atau berjaya menghayati lakonan tak kira dengan siapa. Keberanian itu dalam diri..keberanian mempertahankan yang Hak dan menyatakan yang batil kerana Allah. Tepuk dada, tanya hati.. dimana kita berada dalam krisis nilai ini? Tetapi percayalah, walau bagaimana bijak pun seseorang itu, jika sudah terkinja-kinja dan melalak sebegitu rupa, orang bijak pun akan kelihatan bodoh. Hilanglah kehormatan orang terhadap dirinya.
Betapa sukarnya menemukan permata dicelah-celah keadaan masyarakat yang sedang leka dengan hiburan dan keduniaan ini kan?. Jika dulu, anak-anak yang mula berjinak -jinak dengan hiburan akan mendapat tentangan keluarga, tapi sekarang tidak lagi. Rakyat Malaysia nampaknya merestui 'pendewaan' hiburan ini dan lebih berbangga menghasilkan penyanyi dan pelakon daripada menghasilkan seorang insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Remaja Malaysia hanya mampu rancak berbincang tentang hiburan, tapi bisu bila berbicara tentang ilmu dan nilai. Remaja Malaysia sedang menghancurkan Malaysia. Setuju? Remaja Islam pula sedang menghancurkan Islam di Malaysia. Setuju?
Kita tak suka membuat provokasi tentang isu ini dan kita tak berniat untuk membuat provokasi. Hal ini kerana isu ini sudah jelas dinyatakan dalam Al-Quran--boleh atau tak bolehnya. Dan kita mohon maaf kerana kita masih belum pandai untuk menghuraikan isu ini dengan fakta ilmiah. Tapi kita harap, luahan yang sedikit ini sekurang-kurangnya dapat mengerakkan daya fikir.. fikir tentang nilai dan krisis nilai. Sekurang-kurangnya untuk bertanya diri sendiri, dimana anda berada dalam krisis nilai ini.
Namun, jika ada yang tak puas hati, silakan memberi komen. Walau macamana pun kita berharap agar kalian dapat duduk dan fikir sejenak, duduk dan fikir tentang nilai-nilai hidup. Yang manakah yang sepatutnya berada di tempat yang teratas dalam peradaban manusia. Ketandusan dari sudut nilai-nilai hidup inilah yang akan menyebabkan hilangnya tamadun peradaban manusia di dunia ini pada satu hari nanti. Yang tinggal nanti adalah peradaban yang bersifat kehaiwanan. Nauzubillah..Semoga kita tidak hidup untuk menyaksikan dunia yang sebegitu rupa. Amin.
Of course, dalam setiap perkara tentu ada pengecualiannya. Pengecualian buat remaja Malaysia dan rakyat Malaysia yang masih menekuni ilmu dan akhlak. Pengecualian buat Muslim di Malaysia yang sentiasa berjuang di jalan Allah, tak kira kecil atau besar. Alhamdulillah.. Teruskan semangat dan usaha kalian. Semoga Allah mempermudahkan usaha dan melindungi kita semua dari fitnah dunia. Semoga beroleh penamatan hidup yang baik (husnul khatimah), amin.
Posted at 11:38 pm by azlinda
Permalink
Friday, June 26, 2009
Pernahkah rasa seperti sedang mati perlahan-lahan? Saat dunia yang indah ini sudah tidak bermakna lagi buat anda? Saat anda berjalan dan menghirup udaraNya yang segar, tapi di dalam hati anda yang ada hanyalah 'kosong'... kosong untuk hidup ini. Anda tercari-cari di mana hati anda...dan saat anda temuinya hati sedang merintih untuk 'pergi'. Pernahkah anda rasai begitu?..
hmm... apa cik linda merepek ni?.. neway abaikan saja..
Kita sudah lama tak mendengar lagu.. maksud kita lagu di radio atau kaset atau cd. Sesekali terdengar dan terlihat di TV tu.. kita pun tak ingat dah. Entah kenapa tiba2 aktiviti mendengar lagu di telinga dan masuk ke hati ini sudah tidak kita sukai lagi. Kita rasa rimas. Dan hati lebih suka memilih untuk berada dalam keadaan sunyi atau mendengar kisah2 mengenai kebesaran Allah atau mendengarkan kata-kataNya dalam Al-Quran. Tapi hari tu... sewaktu kita browse menu di skrin tv dalam flight-- dalam satu perjalanan yang panjang.. kita temui lagu yang sudah sekian lama tidak kita dengar. One of my feveret song, tp memang sengaja-sengaja tidak mahu mengingati. Ini lagunya..
.......................................................................................... Chiquitita by ABBA
Chiquitita, tell me whats wrong Youre enchained by your own sorrow In your eyes there is no hope for tomorrow How I hate to see you like this There is no way you can deny it I can see that youre oh so sad, so quiet
Chiquitita, tell me the truth Im a shoulder you can cry on Your best friend, Im the one you must rely on You were always sure of yourself Now I see youve broken a feather I hope we can patch it up together
Chiquitita, you and I know How the heartaches come and they go and the scars theyre leaving Youll be dancing once again and the pain will end You will have no time for grieving Chiquitita, you and I cry But the sun is still in the sky and shining above you Let me hear you sing once more like you did before Sing a new song, chiquitita Try once more like you did before Sing a new song, chiquitita
So the walls came tumbling down And your loves a blown out candle All is gone and it seems too hard to handle Chiquitita, tell me the truth There is no way you can deny it I see that youre oh so sad, so quiet
Chiquitita, you and I know How the heartaches come and they go and the scars theyre leaving Youll be dancing once again and the pain will end You will have no time for grieving Chiquitita, you and I cry But the sun is still in the sky and shining above you Let me hear you sing once more like you did before Sing a new song, chiquitita Try once more like you did before Sing a new song, chiquitita Try once more like you did before Sing a new song, chiquitita
.........................................................................................
I love their vocal-- so harmonic!.
My faith is only to HIM.. Allah knew better. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah kan?.. Dunia adalah tempat untuk diuji, tempat untuk merasai bahagia adalah di syurga....
Posted at 03:54 pm by azlinda
Permalink
Saturday, May 09, 2009
Alhamdulillah syukur, akhirnya... kebimbangan 4 tahun berakhir sudah buat sementara waktu. ALhamdulillah...
Kita akan ingat detik2 itu. Kita akan ingat wajah2 mereka saat diberitahu keputusan mereka. Kita sendiri merasa gembira dan tak dpt menahan senyuman ini dari terpancar di wajah, walau seserius mana pun kita cuba berlakon.
oh.. kita bercakap tentang viva klinikal pelajar kumpulan pertama kita. Akhirnya semua penantian telah selesai. Fikiran kita terlalu occupied dan sibuk untuk memikirkan hasilnya sebelum itu. Kita hanya fikir utk uruskannya dengan baik, langsungkannya dengan sebaiknya, cepat2 ingin selesaikan kerana kita sudah terlalu exausted. Sebaik habes, badan dan fikiran sudah cukup penat, tidak bersisa. Tetapi kita puas hati. Hari ini, barulah kita boleh berkongsi kegembiraan ini disini. Setelah fizikal ini pulih dari kepenatan yang amat.
Alhamdulillah, syukur..
Dan rupanya, peristiwa ini merupakan satu peristiwa besar dalam sejarah kerjaya kita. Boleh dikatakan secara rasminya kita telah mendapat approval dari sifu yang sgt kita hormati dalam bidang ini. Kita tahu bahawa bidang kita ni sangat kritikal, mahal dan tak ramai orang tahu. Kita tahu bahawa bidang kita ini ada standard sendiri yang mesti dikekalkan di seluruh dunia. Kita tahu bahwa kita hanya setahun jagung dan bukannya terer sangat dalam bidang ni. Tetapi walau dengan segala kesedaran itu, kita masih meneruskan usaha utk membuka kursus ini di USM. Waktu itu, SIFU kita berada di US. Dan percayalah, bahawa kita pun sebenarnya bukannya yakin sangat utk teruskan semua tu. Cuma, atas keyakinan kepada Allah bahawa kita hidup pada masa sekarang/ NOW!.. bukan masa akan datang. Jadi, apa yang patut dibuat pada waktu itu, kita buatlah. Apa yang Allah lorongkan buat kita, kita buatlah. Takut?... memang sangat takut. Apatah lagi pada permulaan ingin membuka kursus ini, kita mendapat tentangan yang bukan sedikit dari seluruh Malaysia terutama dari senior2 veteren termasuk SIFU kita sendiri. Malah kita mendapat tentangan dari rakan sejawat di USM sendiri. Kita pernah pergi ke sebuah seminar dengan sahabat ini, dan end up kami ber argue-- tentang hal ini sepanjang hari. Argue secara baik la.. tak de lah sampai gaduh2 tak bertegur sapa. Honestly, kita memang cukup penat untuk melayan tentangan2 ini. Tp kita layan juga dengan sabar, penerangan demi penerangan terutamanya tentang Yakin dan Tawakkal kepada Allah. Tak lupa juga doa yang kita panjatkan kepada Allah..
Kita bertuah kerana mendapat sahabat yang sentiasa mengingatkan kita tentang yakin dan tawakkal kepada Allah. Kita berterima kasih kepadanya, kerana seringkali bila kita ditimpa kesulitan, dia akan mengingatkan kita kepada Allah. Alhamdulillah... akhirnya, sedar tak sedar semuanya telah berlalu dengan baik. Yang paling indah ialah apabila kita mendapat approval dari SIFU kita. Kita takkan lupakan kata-katanya sejurus sebelum dia pergi sebaik selesai clinical viva..
"Linda, don't close the program!"..
It means everything to me...
Syukur, Alhamdulillah........
SIFU menjadi external examiner untuk viva klinikal kali ini setelah external examiner jemputan kami dari UK tak dapt datang pada tahun ini. Kita tak pernah terlibat dengan viva klinikal, jadi kita tak ada pengalaman bagaimana hendak mengendalikannya. Kita admit awal2 dengan dia. Dia ok. Jadi kita hanya banyak mendengar soalan2 dan bagaimana dia mengendalikannya. Kita hanya menyampuk dan bertanya student bila kita lihat mereka perlukan bantuan sahaja. Kita byk belajar, ALhamdulillah..
Paling indah bila kami temui pelajar yang cemerlang melalui viva. Pelajar kita tak ramai. Satu batch hanya 9 orang. Tp untuk train 9 orang menjadi seorang professional patologis pertuturan bukanlah mudah dan kosnya mahal. Dan kali ini, dari 9 orang, hanya 6 orang yang telah confirm lulus. Seorang mendapat markah penuh- cemerlang klinikal dan 2 orang mendapat markah yang baik. It is not bad at all kan?. Kita sungguh bangga dengan semua pelajar2 kita. Terumanya yang cemerlang itu, H namanya. Dia bukanlah pelajar yang gifted tp dia sgt rajin. Pada tahun2 pertama, kita masih ingat bagaimana kita menegur dia dalam satu presentation yang mesti disampaikan dalam bahasa Inggeris. Seminggu kemudian dalam satu presentation yang lain, dia respond terhadap semua teguran kita dan buat improvement. Hasilnya adalah sungguh baik. Dan begitulah dia, dari setahun ke setahun. Sentiasa memperbaiki diri. Kita tak hairan bila dia menunjukkan prestasi yang sungguh cemerlang. SIFU kita sungguh gembira dengan H. Kemahiran klinikal yang ditunjukkannya perfect sampai SIFU tak de soalan nak tanya. Bila kami test dia pada teori dan aplikasinya, pun dia dapt menjawab dengan baik. Hasilnya dia dapat full marks.
SIFU kata, "if you can produce a student with this kind of performance, it means you have done your work very well. Doesn't matter if you have student who failed anymore."..... alhamdulillah..
kita cakap, " we taught the student the same things and yet some perform better, some perform worse. Who's fault is that, if the student's failed?'
susah nak cakap...
Ada student yang kita sungguh risaukan sehingga kita sgt mengambil berat hal pelajaran dia, malah hal diri dia. Kita ingin pelajar ktia semuanya cemerlang. Tp, ada pula yang kata bahawa kita tak layan mereka equal seperti orang lain juz becoz kita ambil berat dan ambik tahu tentang mereka. That's it!.. I'm changing my policy from now on.. After all, they are all young adult. I musnt treated them as teenagers anymore. Masalahnya, pada awal kemasukan-tahun 1- mereka ini memang sangat kebudak-budakkan.
Berbalik kepada H, SIFU offer dia officially untuk kerja di bawah universiti dia segera. SIFU minta dia aim untuk Phd dan professorship!!... mak aii... dengan kita pun SIFU tak cakap gitu. Well, of course... sebab kita bukannya seterer itu. I must admit, my student tu lebih baik dari kita. Alhamdulillah... itulah yang ktia harapkan.
Semasa memberitahu keputusan/ feedback kepada pelajar, kita paling tak boleh lupa bila SIFU gunakan ayat ini,
"......... you have passed the clinical exam. Welcome on board. You are now our collegues. Congratulations!"...
{This means so much!..}
Untuk yang kena mengulang... of course, dari awal sudah diberitahu tentang standard for practice yang mesti dipenuhi. Kita harap mereka tak putus asa. Belum masanya untuk putus asa cuma kena usaha sedikit lagi. InsyaAllah akan berjaya dalam clinical viva yang akan datang.
Untuk yang berjaya, harap mereka tak terlalu berada dalam 'comfort zone' terlalu lama. Ada byk perkara lagi yang mesti dipelajari dan dipenuhi. Jgn biarkan pujian melalaikan kita.
Alhamdulillah, alhamdulillah...Allah permudahkan urusan kita lagi. Kita mesti berusaha dengan lebih baik lagi. Kita mesti lebih beryukur kepadaNYa. Alhamdulillah...
Sgt berterima kasih kepada rakan2 sekerja kita. Terima kasih atas kesefahaman yang ditunjukkan. Jgn pernah berhenti berusaha. Tahun ini kami menerima lebih kurang 100 permohonan yang memilih program kami sebagai pilihan pertama. Yang memilih sebagai pilihan kedua dan ketiga, kami tak tahu pula seramai mana. Namun, dari 100 permohonan itu, kami hanya akan ambil 10 orang sahaja. Dan bukan kami yang pilih. SENAT yang pilih. Kami hanya terima. Begitu sengit persaingan untuk kemasukkan kali ini nampaknya. InsyaAllah, jadikan ini sebagai motivasi dan semangat buat kita. Chai Yok!..
P/S: bekerjalah dan berusahalah kerana Allah s.w.t.
Posted at 08:19 pm by azlinda
Permalink
Tuesday, May 05, 2009
Hari ini tanpa sedar kita terucap di bibir, "Alhamdulillah Ya Allah. Kau telah menyelesaikan masalahku pada hari ini. Syukur Alhamdulillah. Kerjaku dipermudahkan"dan tanpa sedar juga kita berpesan kepada diri sendiri,"kau mesti lebih berusaha linda,"dan bila kita tersedar, langsung tergerak untuk menulis di sini. Untuk berkongsi apa yang kita rasai disini.. sebab rupanya, ini bukan pertama kali kita ucapkan ayat2 itu. Hampir tiap hari. Tiap hari juga kita mengadu kepada Allah dan memohon agar diberi kekuatan untuk kita teruskan hidup kita sehari lagi kerana Allah. Mohon agar diberi kekuatan untuk kita sentiasa memenuhi masa dengan perkara yang diberkati Allah. Amin...............................................................................Pernah satu ketika, seseorang bertanyakan kita, "mengapa jadi sangat bertanggungjawab?".... dan kita terdiam dengan soalan itu. Dia berseloroh kah? atau series?... Perlu jawab kah? <--- ini yang bermain di minda. Ya, kita faham. Dia cuba imply bahawa jika kita menjadi seorang yang tidak terlalu bertanggungjawab, maka hidup kita akan lebih mudah dan kerja akan jadi kurang sibuk. Secara literal.. mungkin ada benarnya. Tapi, hati berbisik--tidak bersetuju!. Tangungjawab adalah kerana Allah. Kita tak sanggup membayangkan bila berada di hadapan Allah kelak, dalam mahkamah Allah nanti, kita tidak dapat menjawab soalan berkaitan ini dan seluruh anggota tubuh kita berkata-kata, menjadi saksi atas segala perbuatan kita di dunia ini.. Nauzubillah...
Atas kerana inilah juga kita telah membuat satu keputusan yang sangat sukar dalam hidup kita. Keputusan yang tidak ingin kita lakukan, tetapi kerana Allah, kita mesti lakukannya. Dan kita mesti kuat untuk meneruskan keputusan itu kerana Allah. Kita mesti tambahkan kesabaran demi untuk menjaga keputusan ini kerana Allah dan untuk menjaga kemaslahatan yang lebih besar buat diri kita dan sahabat kita itu di akhirat kelak. Semoga sahabat kita memahaminya. Hanya Allah yang tahu segalaNya. Adalah teramat sukar apabila kita terpaksa membuat keputusan yang kita paling tidak ingin lakukan. Tiada yang menghalang kita dari tidak membuat keputusan yang tidak disukai itu, namun atas kesabaran kerana Allah dan tawakkal kepadaNya, kita lakukannnya juga. Kita berserah diri kepada Allah. Tiada kekuatan melainkan kekuatan dari Allah.
Pengurusan masa adalah pengurusan nyawa.--- ini yang diutarakan dalam majalah feveret kita sekarang- SOLUSI. Ironinya, setelah kita membuat kategori utk setiap tugasan kita, kita dapati tugasan kita 90% terletak dalam kategori "penting dan segera". hal ini secara tidak langsung memberitahu kita mengapa kita terasa dihambat waktu dan kerja yang sentiasa meminta perhatian dan tidak pernah berhenti. Kata seorang sahabat kepada kita, "jika begitu halnya, menurut cerdik pandai, hidup yang begini takkan kekal lama".. :).
Kita senyum dan tidak membantah apa2. Kadangkala, kematian itu didambakan. Sahabat kita kelihatannya tidak dapat mempercayai kenyataan tentang tugasan kerja kita. Kita hanya senyum sambil dalam hati berbisik, "itulah hakikat hidup saya sekarang dan awak takkan tahu bagaimana saya menghadapinya saban hari"...
Secara serius, memang kita sendiri tidak pasti bagaimana kita menghadapinya setiap hari. Malah kita sendiri tidak sedar hakikat beratnya dan banyaknya tanggungjawab ini. Hanya apabila kita bertemu dengan bekas lecturer kita dulu baru2 ini, dan kami berbual, barulah kita sedar semuanya. Dia banyak bertanyakan soalan demi soalan. Dia ingin tahu semua perkara, lantas kita end up tak henti2 menjawab soalan2 dia. Di akhir perbualan yang berjam-jam itu, akhirnya dia memandang ke arah kita dengan satu pandangan yang amat sukar utk ditafsirkan sambil berkata, " Linda, you handle so many things and yet you've done it very well as if all of it are nothing".....
I'm startled!!.
"yes you are.. You give in to Allah so much, and He help you a lot"...
(wow!..is that true?) Alhamdulillah......... praise to Allah. Alhamdulillah....Alhamdulillah.... tears coming out from my eyes... Alhamdulillah syukur kepada Allah. Nikmat yang kita tidak tersedar selama ini.
Memang ramai orang bertanyakan kita bila berkaitan soal kerja, "How did you do it?.. to be able to do all that?"... i will juz laugh.. it's complicated to explain and literally, I pun tak tahu cemana. Yang kita tahu hanya satu.. Allah berkuasa ke atas segalanya. Tiap hari kita akan 'menghantar laporan' kepadanya dan tiap hari kita terasa amat takut untuk meneruskan hari. Kita takut jika kita lagho dan membuat perkara2 yang tidak disukaiNya, lantas jika begitu bagaimana kita hendak berhadapan dengan Dia kelak?.. kita tak sanggup berhadapan dengan Dia dalam keadaan itu setelah kita kecapi segala nikmat hidup yang Dia anugerahkan buat kita. Kita tak sanggup. Lantas tiap hari kita mohon agar diberi kekuatan untuk mengisi masa dengan baik dan tidak melakukan perkara2 yang tidak disukaiNya. Dan kita tidak pernah memikirkan hasilnya. Yang kita fikirkan adalah untuk berusaha, berusaha dan berusaha lagi pada waktu sekarang/ now. Masa depan bukan milik kita. Mana tahu mungkin ajal tiba sebelum sempat melihat sinaran matahari hari esok... kan? inilah yang kita lakukan.. dan mungkin inilah jawapan kita buat semua soalan2 itu.
Alhamdulillah... syukur... Tak dpt kita nak bayangkan betapa besarnya rasa syukur ini kepada Allah. Hanya Allah jua yang tahu. Secebis luahan hati kita untuk tatapan bersama. Semoga beroleh manfaat bersama dan diberi kekuatan dan kesabaran untuk menempuh hidup di dunia yang sementara ini.
Ya Allah, bimbinglah hambaMu ini dan sekalian saudaraku dan sahabat2 agar sentiasa tetap di jalan yang Engkau redhai dan beroleh petunjuk taufik dan hidayahMu serta menjadi hambaMu yang lebih baik dari hari-hari semalam. Tambahkanlah kekuatan buat kami untuk sentiasa memperbaiki diri dan bersyukur atas anugerahMu. Amin..
p/s: Sudah setahun kita tinggalkan bumi Mekah...tetapi ianya masih segar di ingatan dan di mata ini. Kita rindukan segalanya di sana, hatta pepasir dan debu2 yang berterbangan. Bilakah akan bersua lagi dengan Baitullahilharam?.. Bilakah agaknya kita akan dpt melihat kaabah yang tersergam indah lagi?.. segalanya amat indah di sana. Teramat indah... kita sangat merinduinya. Bilakah akan bersua lagi?
Posted at 01:38 pm by azlinda
Permalink
Sunday, March 22, 2009
Pertama mula, kita ucapkan tahniah buat adik Nik Nur Madihah atas kejayaan cemerlangnya memperolehi 20A dalam SPM baru-baru ini. Terharu rasa hati bila melihat kedhaifan keluarganya, tetapi dia telah berjaya membuktikan bahawa kebendaan bukanlah penentu kejayaan. Respek kat dia.. lebih-lebih lagi bila dia membuktikan bahawa berpegang kepada agama juga bukanlah penghalang kejayaan. Alhamdulillah... tahniah. Sejuk rasa hati bila membaca berita-berita sebegini ditengah-tengah lautan berita yang 'memanaskan' hati dan otak. Alhamdulillah... rasanya kejayaan adik Nik Nur Madihah juga menjadi pengubat hati buat ramai orang.. Tahniah sekali lagi.
Apakah takrif kejayaan?
Ada banyak takrif kejayaan namun apakah kejayaan yang hakiki?
-------> saat menerima kitab amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak.
Lantas, kita di dunia hanyalah berusaha menghabiskan nyawa yang ada, dengan mengisi kehidupan dengan amalan yang boleh membantu kita di akhirat kan? Bukankah hidup ini lawannya mati?. Kita semua menuju kematian. Soalnya... berapa banyak harta yang kita boleh bawa setelah kita mati?.. Pernahkah kita 'mengira' berapa banyak harta kita yang boleh dibawa ke akhirat?
Semakin cepat kita sedar akan hakikat ini adalah semakin baik. Tapi malangnya, majoriti manusia tidak menyedarinya.. dan sekalipun mereka sedar mereka tidak berusaha kearahnya. Inilah yang dinamakan 'tertipu dengan keindahan dunia'. Kesibukkan dalam meneruskan hidup seharian menjadikan masa pantas berlalu dan umur hilang tanpa diisi sepenuhnya. Kita mencari-cari ruang untuk berehat dan bertenang untuk beramal ibadat, tetapi di kebanyakan waktu itu kita terlalu lelah untuk memenuhi tuntutan kehidupan. Lalu saat- saat itu berlalu sebagai satu amalan kerehatan untuk kesihatan. Kita tidak mampu menukar waktu senang dan lapang kita dengan amalan tambahan. Kita terlalu lemah dengan nikmat dunia dan kita jual akhirat dengan dunia. Nauzubillah..
Lantas jadilah kita, manusia yang tertipu dengan nikmat yang paling banyak manusia tertipu dengannya.... iaitu nikmat MASA!. (Lindungi kami Ya Allah..)
Pernahkah terfikir, saat kita hendak menonton televisyen untuk satu slot drama satu jam, satu jam akan dibaziri namun.. jika satu jam itu dipenuhi dengan membaca Al-quran, satu juzuk InsyaAllah sudah dihabeskan?.. dan manakah yang lebih bernilai di sisi Allah?
Krisis nilai............ya, manusia semakin ketandusan nilai. Semakin keliru untuk merujuk nilai yang bagaimana. [Semoga dihindarkan dari kita semua.. Semoga dipelihara oleh Allah. Semoga Allah menunjuki kita bahawa yang benar itu benar dan yang salah itu salah. Amin]
Sekiranya anda berasa lelah dengan kehidupan setelah anda berusaha sedaya upaya memenuhi masa anda dengan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat, senyumlah dan gandakanlah usaha anda.... kerana sekurang-kurangnya anda telah berusaha. InsyaAllah usaha anda akan beroleh pahala dari Allah.
Sekiranya anda berasa terlalu penat dan seperti ingin berputus asa, tiada perkataan yang lebih baik daripada SABAR! dan LA HAULAWAKUWWATAILLABILLAH......... tiada kekuatan hanyalah dari Allah...sebagai pengubat hati. Tahanlah segala kesakitan itu kerana ingatlah janji Allah bahawa sesudah kesulitan pasti ada kemudahan.
Sekiranya anda disakiti dengan fitnah yang tidak mampu anda tepis dengan pembelaan, yakinlah bahawa Allah lebih Mengetahui segalanya. Maafkanlah dan teruskan hidup dengan sebaiknya kerana Allah. After all, kehidupan hanyalah untuk mengisi umur sementara menunggu mati. Kehidupan adalah tempat anda diuji dan merasai derita. Berbahagialah bagi mereka yang diuji dan menang dalam ujian malah beroleh keberkatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan diakhirat. Tetapi ingatlah, tempat untuk merasai kebahagiaan yang hakiki adalah di Akhirat. Kejarlah akhirat tetapi jangan diabaikan dunia.
Satu coretan spontan dari kita..untuk ingatan buat diri sendiri yang sering lupa dan sebagai renungan bersama...Semoga beroleh manfaat.
Posted at 11:23 am by azlinda
Permalink
|
|
|