On no soul do Allah place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. (pray) "Our Lord!. Condemn us not.. If we forget or fall into error; Our Lord! lay not on us a burden, like that which thou didst lay on those before us; Our Lord! lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art our Protector; Help us against those who stands against Faith."
~ The last verse of Surah Al-Baqarah (The Heifer - 286)
Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia"
(Muslim dan Tarmidzi)
My wish for you.. When you are lonely, I wish you love
When you are down,
I wish you joy
When you are troubled,
I wish you peace
When things are complicated,
I wish you simple beauty
When things are chaotic,
I wish you inner silence
When things look empty,
I wish you hope..
Maybe there's nothing more to say..
And in a funny way I'm calm...
Because the power is not mine...
I'm just going to let it fly
|
|
|
 |
|
Sunday, March 08, 2009
Some dialogues that would never be forgotten... InsyaAllah..
Some dialogues that will never be forgotten..
FIRST
Location: One of the school in Pasir Mas Occation: screening secondary student for learning disability and dyslexia Note : It is considered extraordinary if you found a student that can converse with you and initiate conversation with you from among the children who have delay in learning. This is what has happened the other day..
Student : ( I overheard the conversation between this student with my final year student. She said..-in Kelantanese, of course). "Keda mok sayo dekak jah. Kakok gi tubik pitu skolah ni, pahtu pusing 'kiri, pastu 'kane...(bla, bla..).. pahtu jupok doh keda mok sayo. Mok sayo jual nasik.. sedak" translation in BM standard: " kedai mak saya dekat je. Akak keluar dari pintu sekolah ni, pusing keri pastu kanan.. (bla, bla..) pastu jumpa la kedai mak saya. Mak saya jual nasi.. sedap tau"..
Acik linda : (interrupt).. oo... mok adik jual nasi ko?. Pah.. adik ni skolah ni, tingkatan brapo doh? translation in BM Standard: "oo.. mak adik jual nasi ye?. Jadinya, adik ni sekolah kat sini dah tingkatan berapa?
Student : tingkatte duo doh. translation : dah tingkatan dua.
Acik linda : (pura-pura terkejut).. hah!.. tingkatte duo doh? bakpo adik ni kecik jah? tok srupo budok tingkatte duo. mace budok skolah rendoh jah? Beto ke tingkatte duo doh ni?.. traslation: "hah!.. dah tingkatan dua?. kenapa adik ni kecik je tak macam budak tingkatan dua?. Macam budak sekolah rendah je. Betul ke ni tingkatan dua?.
Student : Beto!.. kito kecik jah. Maso kecik-kecik dulu doktor kato kito ada masaaloh. Gapo doh?.. yo kato kito ni hyperaktif. traslantion : "betul!.. saya kecik aje. masa kecik-kecik dulu, doktor kata saya ada masalah. Apa dah? dia kata saya ni hyperaktif".
Acik linda : (surprise)... hyperaktif??.. betul ke doktor kato gitu?.. translation : "hyperaktif?.. betul ke doktor bagitahu begitu?"
Student : beto (nodding her head). (ya..)
Acik linda : Pah.. demo tau ko gapo dio hyperaktif tu? translation : habes tu, adik tahu ke apa makna hyperaktif tu?
Student : 'ttahu.. gapo dio doh?.. (shaking her head). translation : 'tak tahu.. apa dia ah?..
Acik linda : tok tahu?... (pura-pura surprise).. bakpo dok tanyo kakok ni? Kalu adik nok tahu, tanyolah kakok ni.. (point to my final year student? translation : "tak tahu?.. kenapa tak tanya kakak ni? kalau adik nak tahu, tanyalah kakak ni"..
Student : (smiling and look shy..)
Acik linda : Hyperaktif tu, mace tok leh dok die.. Nok geghok sokmo.. translation : Hyperaktif tu, macam tak boleh duduk diam.. Asyik nak bergerak.
Student : hoh.. doktor kato lagu tu la. Sayo geger.. translation : hah, doktor pun kata macam tu. Saya ni bising dan tak boleh duk diam.
Acik linda : Gitu la hyperaktif. Tapi, adik maghi skoloh ni. Adik ambik ubak ke dok? translation: Macam tu la.. tp adik datang sekolah ni, adik ada ambik ubat ke?
Student : ado!.. kito kalu make ubak dok geger la. Tp kalu abih ubak tu geger la, tok leh dok die. translation : ada!.. saya kalau makan ubat, tak bising la. tp kalau ubat dah abes, saya jadi bising dan tak boleh duduk diam.
Acik linda : Ni, pagi tadi nok maghi skolah ada make ubak ke dok? translation : Ni, pagi tadi nak dtg sekolah ada makan ubat ke tak?
Student : Ado!.. pagi make. Ni ado lagi ubak ni. Jak lagi pukol duo belah abih la ubak ni... sayo geger la.. Pete ni make ubat pulok. translation : Ada!.. pagi saya makan ubat. Ni ada kesan ubat lagi. Kejap lagi pukul dua belas abes la kesan ubat ni.. saya akan bising dan tak boleh dok diam. Petang ni makan ubat lagi.
Acik linda : Adik ok la.. jangan wi geger, buleh?..ok! jange kosek oghe.. khenak ko oghe tok baik.. translation : Adik tahan la. Jangan bagi bising (dan gerak2) buleh?.. tahan! jangan usik/ kacau orang dan jangan buat jahat kat orang, tak baik.
Student : kito dok kosek oghe doh lo ni. Dulu-dulu kito kosek oghe. Tok leh ok.. nok geghok sokmo. Lo ni buleh doh tok kosek oghe doh.. translation : Saya tak kacau orang dah sekarang. Dulu-dulu ye saya kacau orang. Tak boleh tahan, asyik nak gerak. Sekarang dah boleh dah. Tak kacau orang lagi..
Acik linda : ha.. cam tu la. Adik ok.. pastu, adik kena releks..(urut tangan dan belakang dia to calm her down. She seems relax, and not moving much).. translation : ha.. macam tu la. Adik tahan.. pastu, adik kena belajar relax..
Student : (smiling and look at me..) kakak... kakak maghi mano? translation : kakak, kakak datang dari mana?
Acik linda : dari USM
Student : Bakpo, ari tu kito gi USM, tok jupok kakak? translation : Kenapa, hari tu saya gi USM tak jumpa kakak?..
Acik linda : (laughing).. tok jupo kakak ke?.. pah tu, jupo nge sapo? translation : tak jumpa kakak ke?.. pastu, adik jumpa dengan siapa?
Student : nge doktor cino.. 'ttahu.. translation : dengan doktor cina. entah la..
.......................................
Wow!... this is the first time I met with ADHD child and she showed understanding towards her problem and able to describe her problems very well.. She even can engage in a conversation. ................................................................................................................................end.
SECOND
I don't have many experiences with an interview. Juz a few. However I noticed the same familiar pattern happened each time I went through an interview.. that was... I would end up being the interviewer, instead of being the one who is being interviewed. May be that's part of being a Speech pathologist... to always being able to give consultation about communication problems. That's what happened in my interview session usually. The most common and familiar questions would be about stuttering.The common myth about stuttering.. "is it true that for stutterer, if they 'block' in the middle of their speech, then we have to help them by punching them at at the back and make everything's out easier?".. <--- uh..huh... The answer is "NO" or perhaps, "not really". Anyway, we will end up laughing and they (the interviewer) would end up asking me the tips to enhance articulation and speech. It's cute isn't it?.. However, a few days back was a different type of experience regarding interview session. Instead of becoming a consultant, we turned the interview session into a meeting!. It juz me.. with 4 'big' and important people. Oh wow!... and I have to appologize to the other interviewee because they have to wait for me for about an hour an a half. These are the dialogues, that I would never forget, InsyaAllah..
Acik linda : What ever it is, we stick with our decision to _______________.
Interviewer 1: NO!.. it's my decision. You have to follow my decision. I tell you now that you must _______________ this year.
Acik linda : Alright! then give me _______________!
Interviewer 2 : Yes!!..(supporting me)..
Acik linda : if not... I would continue with my decision. It is ridiculus to juz continue ____________.
Interviewer 1: How much do you want? _________ thousand? (this is not a bribery ye..). I will give you that much now.. but you must continue ________.
acik linda : I can do nothing with that much..
Interviewer 2: Linda, he offering you _________. Do you want it, or not?
Acik linda : I take that.. but I still demand the full ___________. Fullfilled all the requested items and I would do as you wish. Tapi, saya tak nak dengar lagi janji-janji palsu semua. Dah bertahun-tahun saya dengar janji-janji palsu tu. No more.
(everybody's laughing)
Interviewer 1: Of course.. (smiling) mana ada janji palsu. Tak ada!.. (it's not me)
interviewer 3: Oh gosh!.. if linda making that decision, that's mean she really mean it. She really need help. We must help her.. (looking at me with that kind of expression I dun know how to describe).
Acik linda : Exactly!.. yupp!!.. I need help!.
Interviewer 1: I give you my words. Promise to me that you will _______________ this year. And I will ____________________!. If I failed, than you have your say.
Acik linda : Let me get that clear... You promise to me that you will ____________this year and you will also ______________!. If you failed to do all that, then I will have my right to proceed with my decision?. Is that correct?
Interviewer 1: Yes!..
Acik linda : Was that being minuted?.
Interviewer 1: You can trust my word..
Acik linda : No!. I want that to be minuted.
Interviewer 1: Ok, you got it!..
Acik linda : Fine!.. then I'll accept that!.. Now, shall we continue with our interview? How's my status now?
................................... :) ............. :0 ..................:) ...............hehehe....<end>
hehehe... juz something to share with you all... and something to be stored in here as a memory. Ok.. got to go now.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah, penuhi ingatanmu kepada Allah Yang Esa.
Jaga diri sebaiknya. InsyaAllah we'll meet again in the next entry.
Posted at 12:15 pm by azlinda
Permalink
Monday, January 26, 2009
Setelah sekian lama tidak menulis..
Setelah sekian lama tak menulis.......
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh untuk semua..
Alhamdulillah, akhirnya hati ini masih terdetik untuk menulis. Walau hanya di blog yang telah usang ini. Apa nak buat... acik linda tak daya nak touch up blog ni. Tuntutan kehidupan sangat menyekat jari jemari ini dari menulis..oopsss.. menaip- untuk lebih tepat lagi. So, kemana acik linda menghilang? dan adakah masih ada pembaca di sini?
Terlebih dahulu ampun dan maaf dipinta, jika kita mengecewakan hati pembaca yang ternanti-nanti entry yang baru. Maafkan acik linda ya. Alhamdulillah, kita sehat-sehat sahaja. Masih hidup dan bernafas dan tersenyum. Seketika dahulu, hati kita byk bercerita dan cerita-cerita itu kita ungkapkan dalam tulisan2 disini. Dan pada suatu saat dalam kehidupan ini, kita telah mengenali Dzat yang Agung, yang tiada duanya...yang menjadi tempat tumpuan pergantungan segala mahkluk... yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan...yang tiada satu pun bersamaan denganNya. Dialah Allah, Pencipta sekalian makhluk dan alam semesta. Alhamdulillah... syukur kehadrat Ilahi kerana jika tanpa panduan dariNya, tidak mungkin hati yang kerdil ini mampu memahami dan menghayati nikmatnya mengenali Allah s.w.t. Dari sejak itu, hati ini jadi bisu. Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan kala roh dan jasad ini berhadapan denganNya` betapa nikmatnya. Dan saat-saat itu sering dirindui dan dinanti-nanti. Hati ini jadi bisu kerana tiada apa lagi yang dapat diucapkan di sini. Segalanya tercurah dihadapanNya, Yang Maha Tinggi. Sejak itu, kita sering merinduiNya. Hati ini berbunga gembira apabila melihat kebesaranNya. Hati ini begitu bahagia apabila dapat menyebut-nyebut namaNya dan memujiNya terus. Hati ini berlumba-lumba ingin melakukan perkara-perkara yang disukaiNya. Hati ini sering ingin bertemu denganNya..namun hati ini juga sering rasa takut... takut jika tanpa sedar, hati ini lalai.. takut jika tidak dpt lagi menyebut-nyebut namaNya,.. takut jika tidak dpt bertemu denganNya.. takut jika tanpa sengaja melakukan perkara-perkara yang dibenciNya.. takut jika..... semua yang kita rasai ini hilang......... tak sanggup kehilangannya.. tidak!.. Bagaimana meneruskan kehidupan ini jika tanpa Dia?. Kaki ini terus berdiri dan melangkah kerana Dia. Jasad ini kuat dan bertahan kerana Dia. Hati ini, riang dan gembira kerana Dia. SubhanAllah... segala Puji bagi Allah yang telah mengurniakan sedikit ilmu untuk hambaNya yang kerdil dan hina ini. Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan nikmat yang tidak terhingga ini buat kita yang kerdil lagi hina ini. Syukur, ya Allah...Alhamdulillah.
Sebab itu, hati ini jadi bisu......Kita sudah tidak berkehendak.. dan kita Ingin menamatkan riwayat blog ni.
Tetapi.. hadith diatas telah menahan kita dari melakukannya. Maksudnya.."orang alim (berilmu), wajib menyebarkan ilmu yang ada padanya, dan orang jahil wajib mencari ilmu agar hilang kejahilan yang ada pada dirinya".
Hati ini terpanggil. Walaupun ilmu tidak sebesar mana..namun kita ingin berkongsi dengan kalian disini. Sudikah kalian berkongsi dengan kita juga?.
Dalam kepesatan pertumbuhan blog yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan ini, kita sedar dan kita tahu dimana blog yang kerdil ini berdiri. Hanyalah teratak usang yang sentiasa sudi menjadi tempat persinggahan untuk tetamu yang datang. Teratak ini tidak gah.. malah sebenarnya kewujudannya tidak ingin dikenali. Tapi, jika sudi untuk bertamu, silakan menyelesakan diri.,, bacalah dengan adab dan akhlak. Sudi-sudikan membuka pintu hati dengan kunci keikhlasan dan dengan sangkaan baik. InsyaAllah.. Semoga Allah memberkati ilmu yang sedikit ini buat kita semua.
Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk dengan segala keindahanNya.
Posted at 07:10 pm by azlinda
Permalink
Wednesday, July 23, 2008
Suatu perjalanan episod 3
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Maaf sangat.. sbb lama tak updet. Akhir-akhir ini kita mengalami kesukaran untuk access internet di rumah. Jadi, peluang untuk mengarang jadi bertambah tipis. Walau macam mana pun, kita akan cuba juga untuk habeskan entry "suatu perjalanan" ini, sedaya yang mungkin. Kerana, catatan disini bukan hanya untuk tatapan umum, tetapi yang paling penting sebenarnya adalah catatan dan kenangan peribadi kita. Menjadi kenangan dan teguran buat diri sendiri.. InsyaAllah. Oleh itu, biarlah kita teruskan dengan sambungan berikutnya:
RAUDHAH- Taman Syurga nan Indah
Sebetulnya sebelum sampai ke Madinah ni, kita agak blur dgn tempat yang dinamakan 'raudhah'. Kita selalu dengar nama tu disebut-sebut. Kita tahu bahawa ia adalah salah satu taman dari taman-taman syurga. Tp hanya sekadar itu. Kita tak pasti dimana letaknya dan bagaimanakah rupanya. Masa emak bercerita dulu, kita sungguh tak dapat bayangkan bagaimana. Yg kita bayangkan ialah padang pasir tp berupa taman. Walaupun diberitahu bahawa raudhah adalah terletak diantara mimbar nabi dan makam nabi, namun mimbar dan maqam nabi pun kita tak tergambar. Semuanya sungguh kabur dalam kotak fikiran kita. Jadi, semasa di sana, kita blur-blur sj bila mendengar semua orang bertanyakan bila nak ke raudhah. Kita sebenarnya belum dpt menghayati raudhah pada ketika itu. Lantas semuanya berlalu secara surface sj, tanpa penghayatan. Tanpa hadirnya perasaan dan hati yang turut sama merasai getaran perasaan itu. Sepertimana hambaNya yang tahu Allah, namun tidak kenal siapa Allah sebenarnya, tidak dpt menghayati sifat2 Allah dan mengenali Allah dgn matahati. Begitulah kita pada ketika itu.
Begitulah juga halnya dengan pengalaman memasuki raudhah ini. Kita beberapa kali bertanyakan pegawai2 masjid, bagaimana nak masuk ke raudhah. Ini kerana, pengurusan masjid telah buat satu sistem yang kita pun tak paham cemana. Kalau mengikut kata orang2 yang selalu pergi, dorang kata pegi aje kat sebelah tepi pintu (mana ntah) dan akan ada lorong utk ke raudah bg perempuan. Masuk je ikut time yang dibenarkan. Tetapi rupanya, pihak pengurusan masjid telah mengubah sistemnya. Kita pun tak paham. Kita hanya berada 2 hari sj di Madinah. Jadi kita bimbang dan hati kita mendesak untuk cepat2 masuk ke raudhah kerana kita bimbang kita tak sempat nanti.
Sebaik pulang dari lawatan kita bersiap2 untuk solat zohor di Masjid. Kali ini kami sebilik bersiap awal dan pergi awal. Cuaca panas terik, walaupun kalau diikutkan pada kebiasaan, cuaca panas sebegitu adalah sebenarnya sederhana saja. Suhu dalam 30 lebih, sama mcm Malaysia. Tapi udaranya kering, membuatkan tekak cepat haus. Cuaca juga agak berdebu akibat construction works. Sebaik masuk ke perkarangan masjid, mata kita silau dek kerana cahaya yang begitu terang terpantul dari lantai marmar perkarangan masjid. Mata kita yang dah sedia sepet ni menjadi bertambah sepet lak rasanya.. mengecik sampai nampak macam tgh tido aje. Oleh itu, kita memang tak pandang kiri kanan lagi. Jalan je straight terus ke pintu no 25. Di sana, kita bungkuskan selipar kita dan mak, dan setelah beg diperiksa dipintu masuk, kita terus simpan selipar di rak yang disediakan. Semasa pemeriksaan beg, ramai jg wanita2 lain yang macam nak redah aje, dan marah2 dekat penjaga pintu tu. Kiranya tak nak bekerjasama la. Tp, kita awal2 lagi dah bukak beg dan biarkan dia periksa. So, tak de masalah. Waktu tu, kita tak ingat langsung yang kita ada bawak kamera digital usang kita tu dalam satu pouch kecil bersama-sama barang2 kecil yang lain. Kita biarkan je dia periksa dengan lurusnya. Dalam hati, kita tak terpikir pun, apa benda yang dia nak cari. Sehinggalah beberapa kali juga diperiksa, akhirnya baru kita ingat ada kamera dalam pouch tu. Itu pun kita tersedar sewaktu pemeriksa tu tanya org kat depan kita yang sedang diperiksa begnya. Langsung la jantung terus berdegup kencang. Tp, secepat tu jugalah kita tawakkal kepada Allah. Kalau masih rezeki kita, InsyaAllah kamera tu takkan ke mana-mana. Yakin!. Bila sampai turn kita, soalan yang serupa juga ditanya "camera?". <-- alamak... kita tak nak bohong. Kita diam tak menjawab sebaliknya kita bentangkan beg dan buat isyarat supaya dia periksa. Dia pun periksa. Angkat tu angkat ni, seluk tu seluk ni. Akhirnya dia benarkan kita pergi. Alhamdulillah.. Kamera tu masih rezeki kita. Dia tak jumpa kamera tu. Tapi selepas itu, kita tak bawa lagi kamera dalam beg masuk ke dalam masjid.
Selesai solat zohor, mak kita ajak balik ke hotel sebab kami kelaparan sgt. Makanan hanya disediakan selepas solat subuh, zohor dan Isya'. Oleh kerana byk construction, makanya gerai2 yang biasanya banyak bertebaran di sekitar masjid telah tiada lagi. Nak tak nak kami kena balik juga untuk makan.
Petang itu selepas solat asar, kita masih tercari-cari cara bagaimana nak ke raudhah. Kita diberitahu macam2 versi cerita, tp masih tak jumpa cara. Akhirnya kita tanya penjaga masjid, dan diberitahu suruh kita tunggu selepas solat isya'. So, ok.. kita akan tunggu lepas isya' nanti. Dalam hati masih tak terbayang, bagaimanalah raudhah yang dimaksudkan ini.
Selepas solat isya', kita pun tunggu seperti yang dikatakan. Kendian kita nampak beberapa wanita penjaga masjid membawa masuk sepanduk yang tertulis kelompok2 bangsa atau bahasa. Ada macam2, termasuklah "Melayu". Ada tertulis Pakistan, Iran, Iraq, Turkeye dan lain2. Selepas tu, masing2 akan mencari sepanduk tu ikut kelompok mana dan duduk berkumpul depan sepanduk tu.Tak susah mencari kelompok melayu sebab semuanya memakai telekung solat warna putih, berbanding dari negara lain yang kebanyakkannnya hitam, kelabu, ada berbunga-bunga dan sebagainya. Kita dan mak dan mak cik Nah, pun pergi duduk berkumpul di situ bersama-sama yang lain. Rupanya ada beberapa orang dari kumpulan tour kita yang telah ikut sama berkumpul. Salah seorangnya merupakan mak cik Y yang merupakan orang yang berpengalaman dan berkesempatan mengerjakan umrah 2 kali setahun. Dia lah yang banyak berpesan dan beri tip kepada kami semua. Mula2, dia pesan supaya mendoakan Rasulullah dan mengucapkan salam semasa kami duduk menunggu tu. Katanya, sebab bila di dalam raudhah, masa yang diberi begitu singkat, dan terlalu ramai orang. Kebiasaannya tak sempat nak berdoa semuanya. Jadi, lebih baik berdoa sewaktu itu, InsyaAllah akan sampai juga kepada Rasulullah dan sahabat2- Saidina Abu Bakar (r.a) dan .Saidina Uthman (r.a). Selepas tu Mak cik Y pesan soh kita ambil selipar di rak dan letakkan di tepi salah satu tiang2 di masjid yang diletakkan sempadan. Ini adalah kerana, pintu masuk akan ditutup sewaktu keluar dari raudhah. Jadi kalau tak ambil siap2, nanti balik hotel tak pakai kasut la jawabnya.
Lama juga kami menunggu di situ, dalam satu jam kot.. sambil diberi penerangan dan disabarkan oleh wanita2 penjaga masjid. Waktu itu suasana tenang saja, di kala semua orang menunggu pintu pembahagi ke tempat solat muslimin di buka. Mak cik Y ada beritahu bahawa, orang kita ni biasa dilabelkan sebagai orang yang lemah lembut dan ikut peraturan, kiranya orang baik la. So, dorang tak risau dgn orang melayu kita ni. Tidak kasar dan tidak langgar peraturan. Bagus tu memanglah Alhamdulillah, tapi yang tak bagusnya adalah bila orang lain ambil kesempatan ke atas kita dek kerana kebaikan kita tu. Dan fitrahnya orang kita ni, jenis tak melawan maka makin beranilah orang2 lain tu ambil kesempatan. Begitu kita diberitahu. Byk juga kita dengar2 cerita begini tapi pendapat kita waktu tu?~no comment~... Waktu itu, kita tak pernah mengalami dan tak pernah menyaksikan semua yang diceritakan tu. So, kita tak de pendapat apa2. Hanya pasrah menunggu dalam keresahan. Resah gelisah kerana sesuatu... err... kerana kita nak gi toilet. **Syyy... sebenarnya tak mo bgtahu, tp ada sebab yang releven, maka terpaksa diberitahu juga**.
Kita tunggu dan tunggu di situ dalam keadaan tak ada idea langsung akan apa yang bakal berlaku dan apa yang bakal kita lalui. Tak rasa takut, tenang aje.. ntahlah... sepanjang disana walaupun tak tahu apa yang ada di depan kita, tp kita tak la rasa takut pulak-cuak, orang kata. Tak de pun. Mcm ok jer sume. Best aje.. macam tahu2 aje sume, padahal tak tahu dan tak pernah mengalami pun. Begitulah.. susah gak nak cerita bagaimana. Bila dah agak lama menunggu, akhirnya kita tanyakan Mak cik Y, agak2 sempat ke kalau kita nak ke toilet sekejap?. Mak cik Y, kata susah nak masuk kalau terlepas, bimbang tak sempat nanti. So, dia minta kita tahan dan tunggu sikit lagi. Kita akur, walau dalam hati kita rasa sempat aje kalau kita gi sebentar. Kalau ada rezeki, InsyaAllah kita akan masuk juga ke raudhah walau macamana halangan pun kan?. Tp dek kerana hormatkan mak cik Y dan turut cakap mak yang minta kita ikut cakap mak cik Y, so kita tunggu je la dalam keadaan tak selesa tu. Agak lama juga barulah tiba2 org yang pegang sepanduk tu minta kami sume bangun dan ikut dia. Kami dibawa masuk ke kawasan solat lelaki dan sampai kat kawasan yang ada bumbung cam payung tu. Di situ kami diminta duduk sekali lagi dan tunggu. Di sebelah kumpulan kami datang pula kumpulan dari Iran (kalau tak silap) dan juga diminta duduk dan tunggu. Di hadapan, kita nampak kawasan dalam masjid dan masih ada satu kumpulan duduk menunggu.
Kita tak tahu yang mana satu raudhah. Kita nampak, ada ramai orang di satu sudut kawasan, tp hanya dari jauh. Kita cuma agak2, mungkin disitulah raudhah. Menunggu disitu sambil membaca dan berzikir, memang lama jugak. Tambah sejam lagi. Kita tak ingat pula siapa yang bgtahu kita, tp memang ada seseorang yang bgtahu kita bahawa kawasan raudhah boleh dikenalpasti dengan warna karpetnya- lebih kuranglah. Warna karpet lain di dalam masjid ialah warna merah tp warna kawasan karpet di raudhah ialah warna kelabu. Ooo... baru kita tahu. Dan katanya, lampu2 di dalam raudhah ada kelainan sikit daripada di luar raudhah.
Ok, so, kita menunggu dalam keresahan lagi. Agak2 berapa lama la kami perlu tunggu. Nampak macam tak bergerak pun. Kumpulan sebelah kami dah masuk dan dah bertukar dgn kumpulan lain dah. Masa ni, suasana agak gawat sikit. Wanita penjaga masjid jadi bertambah garang dan tegas. Ada beberapa orang yang buat trick dan terlepas dari pengawasan wanita2 penjaga masjid ni. Keadaan jadi tak terkawal. Semua ini kita perhatikan. Perhati bila suasana menjadi bertambah runcing dan apabila kelihatannya sume orang semakin mementingkan diri sendiri. Perasaan kita pun berubah perlahan-lahan. Ya Allah, kalau begini sekali hebatnya persaingan untuk masuk ke TamanMu, tentunya ia adalah sesuatu yang sungguh hebat. Kita fikir, mengapa bangsa lain begitu berlumba datang dan bersaing, tp orang kita ni tidak nampak kesungguhannya. Lama2 kita rasa air mata mula bertakung di kelopak mata. Sungguh2 terharu melihatkan sebegini hebatnya manusia ingin masuk ke tamanNya, ingin bertemu Rasulullah, ingin solat, ingin memohon dan mengadu kepada ALlah... dan kehebatan ini menggambarkan betapa hebatnya kekuasaan Allah dan betapa hebatnya Rasulullah (s.a.w).
Mereka sume, termasuk kita dan kami2 ini datang dari seluruh pelusuk dunia hanya untuk menyahut seruan ALlah dan menziarahi rasulullah. Hebatnya, ya Allah... Hebatnya.. tak terlukis dengan kata2 akan kehebatan perasaan yang dirasai tika itu. Terasa bahagia.. terasa jiwa seperti melayang ingin pergi menghadap Allah waktu itu juga. Redhakan segalanya... tak ingat lagi akan kehidupan yang ditinggalkan di Malaysia. Tak kesah lagi. Waktu itu dalam sedar tak sedar hati kita berdoa tidak putus2, hati kita berkata2 sendiri, merintih... "Izinkan aku masuk dan beribadah dalam ketenangan Ya Allah. Kerana kerinduan ini sudah sampai ke kemuncaknya. Izinkan aku meredakan kerinduan ini dengan menghadapMu dan menziarahi Rasulullah yang aku cintai. Aku tidak kuat menongkah arus manusia untuk diriku, aku tidak betah mengambil hak dan kesempatan orang lain. Namun hatiku sangat rindu ya Allah. Dan kalau begini keadaannya dan dengan keadaanku yang serba tidak mampu ini, memang aku tidak akan mampu ya Allah. Tidak jika tidak dengan pertolonganMu dan kekuatan dariMu."
Kita sangat2 rindu, dan kita menangis kerana kita bimbang tidak dapat masuk dan beribadah dengan khusyuk nanti. Kenapa ye kita rasa gitu?.. kerana kawasan raudhah tu kecil saja tp bayangkanlah orang2 yang begitu ramai yang ingin solat di situ. Dan orang2 ni pulak, ramai yang badan besar2, tinggi2.. yang mana kalau badan setakat macam orang melayu kita ni, dorang tak takut punye. Dia wat tak nampak je kita ni. Dah tu cemana?.. sedang kita pun nak solat juga. dan waktu yang diberikan adalah sungguh singkat. Kita pulak tak reti nak wat kat orang. Biar aje orang wat apa kat kita. Cemana ye?.. Kita risau sgt. Sebab tu la sampai nangis. Satu lagi masalah kita ialah, kita nak ke toilet!!..
Sekali lagi kita tanyakan Mak cik Y, kita kata kita nak gi toilet jugak. Sbb kita rasa tentu akan makan masa lama gak. Kita tak mahu solat dalam keadaan tak khusyuk sebab nak gi toilet. Mak cik Y tanya kita.. "tak leh tahan lagi ke".. Kita diam.. serba salah nak jawab apa. Tiba2 mak cik Y kata.. "ok, lepas ni kita semua bangun".. itu jer pesan dia. Kendian tiba2 dia bangun. Wanita yang pegang sepanduk tu cakap.. "ibu.. duduk!,.. ibu.. duduk".. <-- versi orang arab cakap indonesia. Mak cik Y menyahut kata2 dia, dia kata "Ibu tidak boleh duduk lagi. We being good, we behave ourself but you let other people to pass through. This is not fare. Now we cannot sit anymore and watching you being unfare."...opps.. kita terpinga-pinga.. tak leh nak register lagi dalam otak, apa yang bakal berlaku. Sejurus kendian Mak cik Y menyeru, "Now, ibu2 semua.. bangun!".. ramailah yang bangun dari group kita. Kita terpaku.. otak sedang berfikir hebat. Tak sempat nak fikir, Mak cik Y tarik tangan kita soh bangun, mak pun dah bangun. Kita pun bangun dalam keadaan masih tak pasti. Teruskan bersabar dan menunggu, ataupun bangun dan merempuh masuk??... Dlm keadaan tu, Mak cik Y bergerak ke tepi dan semua orang ikut dia. Suara2 bersahutan minta kami duduk semula.. tp seperti tadi juga, mak cik Y menjawab. Tiada sentuhan atau pergelutan berlaku, cuma bising sikit dgn larangan itu ini. Dan tak sempat nak berfikir panjang, tiba2 mak cik Y, lari masuk melepasi penjaga2 tu. Dan semua orang ikut lari masuk termasuk mak yang menarik tangan kita untuk turut lari masuk.
Jantung berdebar-debar. Terlepas di situ, ada satu lagi halangan sekatan di hadapan bersama-sama dengan sekumpulan orang lagi. Tp tidak lama kendian group yang tu pun merempuh masuk. Hanya tinggal kami bertiga- kita, mak dan mak cik nah yang masih teragak-agak samada nak ikut atau tidak. Kita kata kepada mak dan mak cik nah supaya menunggu saja. Sabar, dan jangan ikutkan perasaan. Mereka setuju. Waktu itu kami berdiri betul2 di hadapan wanita arab yang mengawal. Dia ulang ayat yang sama, "ibu, duduk..". Kami diam sj. Waktu tu memang tinggal kami 3 orang saja. Sedang kami berkira-kira sendiri, tiba2 wanita yang menjaga tu hilang.. tak perasan lak dia ke mana. Masuk ke dalam kot.. Ntah, kita tak perasan. itu bermakna, tiada sesiapa yang mengawal kami dan dihadapan kami tu kosong saja. Mak pandang kita.. dia pun terpinga. kami berpandangan penuh makna. Akhirnya mak cakap, "tak de orang, kita masuk je la". Dan kita pun terus bersetuju. Kami bertiga masuk perlahan-lahan ke arah orang yang ramai itu.
Jantung masih berdebar-debar. Kita dapat rasa genggaman tangan mak yang kuat, tak mahu lepaskan kita. Kita masuk dalam kumpulan orang tu dalam keadaan kita tak nampak apa ada di depan dan kemana hala tuju kita. Hanya buat ikut gerak hati. Semakin lama, kami semakin terhimpit dengan orang2 yang ramai dan padat tu. Alhamdulillah sume pompuan, so tak kesah sangat la. Memang ketat macam sardin. dan ditolak-tolak sampai kita tak payah sebuk2 nak jalan. Hanya bergerak mengikut arus tolakan saja. Lama2 mak terpaksa lepaskan tangan kita sebab keadaan tak mengizinkan. mak juga terhimpit. tp kami masih boleh nampak satu sama lain. Cuma tak nampak jalan kami, sebab orang2 yang menghimpit sume badan besar2, kami jadi kecik tiba2, tak kelihatan pun dalam kumpulan itu. Waktu ini jantung kita sungguh2 berdebar-debar.. antara curious, takut dan gembira sangat!.. tak tahu yang mana satu.. sungguh teruja sekali. Kita tawakkal kepada Allah.
Akhirnya mak mendekat dengan kita dan kita dengar suara mak bertanya kita, "kita kat mana ni? mcamana nak tahu kita dah masuk kawasan raudah atau tidak?". Kita pun blur2 amat. Tiba2 teringat pasal warna karpet. Kita pun toleh ke bawah, nak tengok karpet warna apa yang kita pijak masa tu. Tp, nak tengok karpet pun tak telus.. terhimpit hebat, cemana nak nampk warna karpet?. Tp, seketika kendian tu, kita nampak juga kaki kita dan karpet.. dan??... Kelabu!!.. kita berada dalam kawasan karpet warna kelabu!!. betul2 bersempadan dengan karpet warna merah. Kita bgtahu kat mak.. dan mata mak terus cari tempat untuk solat. Kita masih tak tahu apa nak buat.. gawat!. Tiba2 kat depan kita adalah Mak cik Y. Dia nampak kami dan terus dia soh solat di situ juga. Dia kata dia akan jaga kami solat. Mak soh kita cepat dan mak terus angkat takbir. Kita terpinga.. cemana nak solat dalam keadaan tak nampak ruang pun?.. tp bila mak solat kita pun solat jugak la. Kita tak khusyuk.. memang ngaku awal-awal. Fikiran kita masih memikirkan kegawatan suasana disitu. Mak cik Y, mengawal kami dan kita dengar dia melarang orang2 lain melangkah kami yang sedang sujud. Dia cakap "they are praying, they are praying." Mak cik Y betul2 macam polis yang menjaga tatkala ada rusuhan atau tunjuk perasaan tu. Tangan dia mendepang dan dia menahan dengan badan dia agar orang lain tak pijak kami solat. Ada sekali tu, ketika kami sujud, dia terpaksa tahan kaki orang dengan tangan dia untuk membolehkan kami ada ruang untuk sujud. Alhamdulillah, ada Mak cik Y. Begitu sungguh2 dia membantu kami. Kami solat sunat 2 rakaat dan tak sempat nak berdoa, terus bangun dan ditolak ke hadapan.
Kita tak puas hati, dan rasa nak nangis. Tiba2 mak tarik tangan kita dan soh kita solat di situ.. di tempat kita berdiri tu. Mak pesan dan kita ingat pesanan mak sampai hari ni. Mak cakap, "angkat takbir dan tawakkal aje!". <-- begitu tegas pesanan mak masa tu. Dan kita lihat mak terus angkat takbir, walaupun ruang sujud dia masih tak ada lagi. Kita pun tiba2 cam semangat abes. Yupp!.. kalau kita tak dapat peluang ni, mungkin kita tak kan dapat lagi. Bukannya senang nak datang ke mari. Kita pun ambil tempat dan terus angkat takbir dengan sesungguh2nya tawakkal. Sekeliling kita memang penuh dengan orang dan memang tak ada ruang untuk sujud. Kita pejamkan mata dan seketika kendian kita dah tenggelam dalam dunia kita. Kita tak mo fikir samada kita akan ada ruang untuk sujud atau tidak. Kita pun tak berapa nak ingat apa yang kita buat waktu tu. Tapi, tiba2 yang ada hanyalah kita dan Allah. Kita dah tak dengar lagi suasana yang bising itu. Kita hanya dengar suara dan makna bacaan kita. Air mata mengalir dan kita teruskan solat, rukuk dan sujud. Hanya semasa kita duduk diantara 2 sujud di dalam rakaat yang kedua, barulah kita perasan bahawa ruang di hadapan kita sungguh lapang. Boleh masuk 2 saf lagi. Dan kita rasakan suasana sungguh tenang dan sunyi waktu tu. Sempat terdetik, "dimana semua orang?".. tp, kita tak fikir banyak dan teruskan solat hingga selesai. Kita sempat solat sunat 4 rakaat. Selesai solat, kita terus angkat tangan dan berdoa.. Panjang doa kita, dan tiada siapa yang mengganggu kita. Sejurus selepas mengaminkan doa, barulah kita tersedar semula akan kebisingan dan kehingaran suasana di situ dan kita dengar suara mak menyuruh kita bangun. Rupanya mak risau. Jangan berdoa sambil duduk katanya. Takut dipijak orang. Sewaktu kita bangun, rupanya mak cik Y, sempat melihat kita... dan kita dengar suara mak cik Y berkata "alhamdulillah, sempat doa".. dia senyum. Tp, kita tak sempat nak fikir apa2 lah. Kita pusing lihat makam rasululullah.. Nak kesitu tp jauh nampaknya dan orang terlalu ramai. Kami pula sudah diminta untuk keluar.
Kami akur dan keluar. Sejurus keluar, baru lah terasa yang kita nak gi toilet!. Tadi sewaktu dalam raudhah kita tak terasa langsung. Tak ingat pun. Bila dah kuar, tiba2 terasa lak. Kita terus minta izin dengan mak nak lari ke toilet. Mak izinkan. Selepas ambik selipar, kita pun lari la ke toilet. Dah la jauh tempatnya.. Masjid Nabawi besar.. Dari depan nak ke belakang tu .. jauh. Bila dah keluar, kita lari ke toilet dan tengok2, toilet ditutup!.. Alamak!.. pucat mukaku agaknya. Tp, kita tenangkan fikiran dan berjalan perlahan-lahan lepas tu. Nak kemana lagi? balik ke hotel la.. jauh juga. Tp berjaya juga sampai dalam keadaan tenang dan selamat.. Alhamdulillah.. Waktu tu, jam menunjukkan pukul 11 malam. Bayangkanlah kami menunggu hampir 3 jam!. dan sewaktu kami keluar dari raudhah, kita lihat kumpulan yang menunggu tu masih juga menunggu di tempat yang sama. Tak pasti cemana dorang sempat masuk ke tidak. Sebabnya kalau tak silap kita, kawasan raudhah tu akan ditutup untuk perempuan dalam kul 12.
Alhamdulillah, syukur... Berakhirnya malam yang penuh mendebarkan. Bila dah sampai hotel baru kita teringat semula apa yang berlaku. SubhanAllah... Perasaan waktu tu sungguh tak ternilai. Kita solat dalam keadaan, kita tak tahu di mana tempat sujud kita. Semuanya penuh dengan manusia. Nak rukuk pun tak pasti. Tp, kita tawakkal aje, dan alhamdulillah.. setiap kali kita nak rukuk atau sujud, tiba2 ada ruang untuk kita. SubhanAllah, kuasa Allah semuanya. Yang paling kita terkesan sekali ialah apabila kita perasankan ruang kosong di hadapan kita. Kita terfikir, ke mana semua orang pergi? takkan tak nampak ada ruang kosong kat depan kita sampai boleh masuk dalam 2 saf?. tak pasti la pulak cemana boleh berlaku demikian. Dan kita tak banyak tanya, tak banyak cakap, tak bgtahu kat orang. Hanya disini kita kongsikan bersama sahabat-sahabat semua. Berkongsi dengan satu tujuan, "untuk sahabat2 yang membaca ini, akan turut sama merasai kebahagiaan berada disana, dan yang paling penting, supaya sahabat2 semua mempunyai azam dan semangat untuk pergi ke sana".. Pergilah!.. berusahalah untuk pergi dengan ssesungguhnya!. Kita tak tahu bagaimana lagi nak cakap supaya orang2 muda yang mampu ni, meletakkan ibadah haji dan umrah sebagai yang terutama dalam hidup, yang teratas daripada pergi melancong ke mana-mana, atau beli rumah ke apa ke. Tolong pergi dan berusaha lah untuk pergi.. Setelah kita mengalaminya sendiri, terus terang kita cakap.. dalam banyak2 negara ktia pergi, tiada satupun yang paling bermakna dan paling best, selain dari Mekah dan Madinah. Kita tak sesal dan kita tak heran lagi nak ke tempat2 lain tu. Dan hati kita masih rindu untuk pergi lagi.. untuk mengunjungi Kaabah dan Makam Rasulullah lagi. Pergilah walau sekali.. Itu jer yang boleh kita cakap. Yang lain2, mungkin dari cerita kita ni, sahabat2 semua akan dapat gambaran, InsyaAllah.
oh ya... dan kita tak anggap bahawa kita ada apa2 keistimewaan dengan segala cerita2 kita ni. Kita berpendapat, segalanya adalah atas izin Allah dengan rahmatNya. Sesiapa pun akan mengalami pengalaman2 yang unik. Tinggal lagi, nak kongsi dengan tidak saja. Dan kita kongsikan di sini, dengan harapan pengalaman ini akan menguja orang lain utk turut pergi. InsyaAllah..
untuk itu, kita terpaksa tinggalkan dulu entry ini. InsyaAllah akan bersambung di episod seterusnya.. perjalanan ke Mekah Al Mukarramah. Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum..
Posted at 12:51 pm by azlinda
Permalink
Wednesday, July 02, 2008
Suatu Perjalanan episod 2
Madinah Al-Munawarah Kami tiba di Madinah dalam lebih kurang pukul 9 malam. Semua orang dalam keadaan mengantuk, mcm makan ubat tido lak ngantuk dia. Kami dibawa ke hotel kecik aje, tp alhamdulillah selesa. Selesai urusan check in semua, kita dan mak ditempatkan sebilik dengan 2 org lagi mak cik. Dah selesai berkemas mana yang patut kami berempat sudah tak sabar utk melawat masjid nabi. Kita tak sabar.. Hati kita berdebar2 dan begitu teruja nak lihat. Tp pada masa yang sama kita tak pasti pulak nak lihat apa. Jdnya kita hanya mengikut salah seorang makcik yang tiap tahun dtg wat umrah. Mak kita lak, walaupun dah pernah datang, tp dia terlupa dan sedikit konfius dgn landmark dah berubah. Ini kerana di sekitar masjid telah ada byk kerja2 meruntuhkan bangunan untuk membesarkan masjid.
Kota Madinah Nampak tak papan tanda tu? Tulis arah ke tanah haramKami berjalan agak jauh juga baru tiba di Masjid. SubhanAllah, begitu besar masjidnya dan begitu lapang dan terang benderang dgn cahaya. Orang ramai membanjiri masjid seperti tidak kenal malam dan siang. Walhal pada waktu itu sudah pukul 11 malam. Kami agak keliru kemana arah nak dituju kerana kelihatannya semua pintu masjid ditutup. Kami pergi kearah pintu hadapan, juga ditutup. Mak cik M menunjukkan kepada kita kubah hijau dan memberitahu kita bahawa di bawah kubah hijau itulah Nabi besar kita berada. Serta merta jantung kita berdebar-debar.. satu lintasan tiba2 mengetuk fikiran ini memberitahu kita, menyedarkan kita yang kita sekarang benar2 berada di tanah tempat para nabi dan tempat dimana sejarah islam bermula. Serta merta kita diselubungi rasa rindu yang amat sgt, rindu terhadap Rasulullah yang sudah semestinya tenang disana. Hati kita bergetar. Kita teringat kata ustaz, dunia kita dgn dunia alam barzarkh ni lain. Kita tidak dpt melihat dunia alam barzarkh tp, mereka di alam barzarkh dpt melihat kita di dunia. Dan Para nabi dan rasul serta para syuhada' sebenarnya tidak mati di alam barzarkh. InsyaAllah, mereka melihat kita dan mendengar kita. Ustaz jg beritahu bahawa kita boleh sampaikan salam kepada Rasullullah bila2 masa dan dimana pun kita berada, kerana InsyaAllah salam itu sampai. Dan InsyaAllah Rasulullah menjawabnya. Tidak perlu utk kita pergi ke maqam nabi untuk menyampaikan salam.
Masjid Nabawi dari pintu 29. (Kubah Hijau tak nampak). Panas terik sampai tak leh nak bukak mata. Sorry, kat dalam masjid tak leh ambik gambar. So, You all kena berazam utk dtg dan tengok sendiri cemana.Sekilas itu juga, tiba2 kita berasa benar2 cemburu dengan penduduk madinah. Cemburu kerana mereka tinggal dan berpijak atas tanah yang sama dgn nabi. Cemburu kerana mereka boleh datang bersolat di Masjid nabi tiap hari. Cemburu kerana mereka berada begitu dekat dgn maqam nabi dan para sahabat. Moga mereka mensyukuri nikmat itu. Kerana nak dibandingkan dengan kita yang tinggal jauh dan susah nak datang ni, memang mereka patut benar2 mensyukuri nikmat ini kan?
Kami mengucapkan salam kepada Nabi dan berdoa. Setelah itu, dlm keadaan keliru kami seolah tidak pasti hendak kemana. Kita nak masuk ke dalam masjid, tp kenapa pintu masjid semua tertutup?. Kita lihat bukan kita sj yang begitu. Ada beberapa orang arab yang kita lihat ingin buka pintu masjid dan masuk tp tak berjaya. Dalam keadaan terpinga-pinga itu kita nampak sebuah pondok kecil dan ada 2 orang guard kat dalam tu. Kita pun perlahan-lahan bergerak ke arah guard tu dan mengucapkan salam. Kita tanya
Linda : English? Guard : A little (dengan gaya tangan) Linda : Masjid close? Guard : No, not close. Women, no 19, 25, 29. Linda : Where? Guard : this side and that.. (dgn gaya) Linda : Ok,.. raudhah? what time? Guard : Raudhah, now for women. Door 19, 25, 29. Go now.. Linda : Raudhah, when close? Guard : Not close, Masjid never close. Linda : ok, syukran!..
hehehe... dah jadi cam apa jer, nyesal tak pandai cakap arab. ish!..tp alhamdulillah dpt la jgk communicate. Kita pun berjalanlah ke arah pintu2 yang dimaksudkan. Hanya pintu 25 dan 29 masih dibuka. Itupun dah tidak dibenarkan masuk. Rupanya, mereka dah buat jadual utk perempuan masuk ke raudhah, iaitu pada waktu pagi, kul 7 sampai kul 11 tengahari; selepas dzuhur sehingga kul 2 ptg; dan selepas isya' sehingga kul 12 malam. Kalau dah agak lewat, dorang dah sekat pintu dan tak benarkan orang masuk lagi. Hanya benarkan orang keluar saja. Jadual ini dibuat untuk mengelakkan kesesakkan semasa di raudhah. Jadi pada waktu2 ini, pintu masjid di bahagian lelaki akan ditutup untuk memberi laluan kepada perempuan masuk ke kawasan raudhah.
Kita nak gak masuk dlm masjid, tp bila tengok dah tak leh masuk dan kepala kita pun dah jadi cam khayal semacam jer, mak cakap, elok kami semua balik dulu. Kami keletihan dan tido tak menentu. Kita pun dah rasa lembik semacam cam mamai nak rebah aje. So, berjalanlah kami pulang ke hotel.
Kami terlewat bangun pada subuh itu. Subuh dalam kul 4.30 dan kami tido dah dekat kul 1 masa tu. Akibat keletihan kami tak dengar azan yang pertama. Bila kami semua berjalan ke masjid, waktu itu kita lihat ramai orang cam berlari-lari anak. Dlm perjalanan tu kami dengar iqamat. Aik?.. bila masa azan lak?.. hehehe.. sume orang tak perasan. Kami masuk dlm perkarangan masjid dan terus sambung saf di belakang, tak pk panjang dah pasal tak nak terlepas takbir pertama. So, bersolatlah kami subuh itu di perkarangan masjid. Kami terkilan pasal masih tak dpt masuk masjid. Terkilan benar kerana terlewat bangun. Selepas solat sunat jenazah, kami buat keputusan utk pulang ke hotel kerana ada program dan dikehendaki berkumpul pada pukul 6.30 pg. Kami perlu balik, makan dan bersiap utk lawatan pula. Pada waktu itu, pintu masuk bhgn perempuan penuh dgn orang yang hendak keluar dari masjid. Sekali lagi kita terkilan dan terpaksa menahan rindu nak masuk masjid. Tp tak pe la. InsyaAllah kita akan ada kesempatan juga.
Pukul 7 pg, kami bertolak ke Jabal Uhud. Agak jauh juga perjalanannya, tp ok. Pemandangan byk warna coklat muda je. Pasir, bukit dan bangunan2nya kebanyakkannya warna coklat muda. Sepanjang perjalanan ada diterangkan tentang Jabal Uhud, dimana disinilah berlakunya perang uhud. Pejuang yang shahid semasa perang uhud dikebumikan disini. Menurut kesahnya pernah berlaku satu banjir besar pada tahun berapa ntah, (sorry, tak ingat) dan ekoran daripada itu mayat2 para syuhada' telah timbul ke permukaan dalam keadaan yang masih elok. Tidak reput dan jika berdarah, darahnya masih merah dan baru. SubhanAllah.. takjub kita mendengarnya. Menurut ceritanya, raja pada zaman itu telah bertindak menanam semula mayat2 tersebut di sebuah kawasan di jabal uhud itu. Sehingga sekarang kawasan perkuburan itu telah dipagarkan dan sesiapa sj boleh datang melawat dan mendoakan mereka yang telah shahid. Sebab itulah kami ke sana. Untuk melawat perkuburan para syuhada' perang uhud dan juga untuk melawat tempat bersejarah yang menjadi saksi akan keperitan menegakkan agama Allah di bumi ini.  Jabal Uhud.
Sebaik kami tiba, walaupun masih pagi namun sudah ramai orang yang mendahului kami. Kawasan jabal uhud itu sudah penuh dengan manusia yang datang melawat dan dibanjiri juga dengan para peniaga tempatan dengan pelbagai barang dagangan. Dalam ramai2 org tu, mak tak lepas2 memegang tangan kita. Dia takut kita hilang. Kita pun konfius sebab pusing ke mana-mana pun hanya nampak org dgn telekung putih atau pun tudung hitam. Kalau dari belakang, memang tak cam siapa. Kami bergerak bersama-sama ke kawasan perkuburan. Di hadapan pagar itu kami sama2 membaca doa. Kita tak dpt menahan sebak ketika itu. Air mata terus je mengalir tak dpt ditahan-tahan lagi. Rasa sebak mengenangkan para syuhada' yang berjuang dan shahid kerana agama Allah. Rasa sebak, kerana rasa syukur yang amat bila mengenangkan pengorbanan mereka sehingga kita yang hidup di zaman millenium ni masih dpt merasai anugerah terbesar dalam hidup, iaitu Islam. Syukur kepada Allah. **Ya Allah, berilah kekuatan untuk aku syahid di jalanMu. Amin.**  Maqam para syuhada di Jabal uhud
Selesai berdoa, kita panjat bukit jabal uhud dgn sorang mak cik ni. Panjat yang rendah je sbb mak cik ni tak larat. Mak kita pun tak larat katanya tak mo naik, tp kendian bila kita dah sampai di atas, tengok2 mak pun ikut panjat dgn sorang makcik lagi. Kami ambil gambar dan melihat-lihat permandangan dari atas sambil berdoa dalam hati. Orang begitu ramai sekali dan matahari semakin terik. Terasa letih walaupun masih pagi. Mak beli air mineral sebotol dgn harga 1 riyal. Kendian, kami cepat2 naik bas. Menurut katanya, kami cuma berhenti utk 15 minit aje, tp rasanya dah lebih 15 minit. Siap ada yang membeli belah lagi. Kita dan mak tak beli apa2.
Dari Jabal Uhud kami terus ke Masjid Quba'. Menurut ustaz, nabi pernah bersabda bahawa sesiapa yang berwudhuk dari rumahnya dan bersolat di Masjid Quba', akan mendapat pahala sebanyak 1 pahala umrah, insyaAllah. Jadinya tidak hairanlah kalau masjid Quba' ni penuh dan padat dengan pengunjung. Masing2 bersesak-sesak untuk masuk solat. DI bhgn perempuan terutamanya. Sebab bhgn perempuan lebih kecil dari bhgn lelaki. Di sinilah, pengalaman pertama kita bersolat di tengah2 manusia yang datang dari pelbagai negara dan bangsa. Kalau selalu kita dengar cerita dari mak je. Mak cerita bagaimana orang terlalu ramai, tempat tak de la, berhimpit2, ditolak orang, di'lalu-lalang -kan' orang, dan macam2 lagi la. Selama ni kita hanya mendengar dan tak pernah mengalaminya. Di sinilah baru kita benar2 mengalaminya... sebagai introduction barangkali. Sebenarnya, kita tidak memikirkannya. Kita sebenarnya sebuk memikirkan diri sendiri dan kita tak sempat nak fikir pasal org lain. Tp mak sentiasa menjaga kita. Ketika ini, mak yang byk mengarah kita supaya buka selipar dan simpan dlm plastik/ rak kasut, solat kat situ sini dan sebagainya. Sebab waktu ini kita byk blur. Kita selalu ditolak orang dan kita tak pasti nak wat apa dan nak gi ke mana. Alhamdulillah, mak ada. Mak cari tempat dan soh kita solat disitu, sementara mak solat disebelah. Kita pun solat lah dan cuba utk khusyuk semampunya dalam keadaan org lalu lalang dan hingar bingar tu. Terus terang saja bahawa memang kita tak khusyuk ketika solat tu, sebab orang lalu lalang di hadapan kita walaupun kita dah letak sutrah. Mereka jalan je dihadapan kita tak putus-putus lak tu. Kita geram campur2 rasa cam nak nangis je sebab dia mengganggu kita solat!, Mereka mengganggu pada ketika kita sedang menghadap Allah (S.w.t). Kita nak halang, tak berdaya. Kita nak rukuk dan sujud pun tak berkesempatan sbb dorang lalu tak putus2. Kita tak pasti nak wat apa. Sehinggalah datang sorang wanita berbadan besar dan meletakkan kerusi untuk dia solat di hadapan kita, betul2 di atas tempat kita sujud. Kita dah tak de ruang lg. Dia terus solat tanpa menghiraukan kita. That's it!.. kita terus berhenti. Tak pasti lak boleh ke tidak buat begitu. Tp, sbb kita memang tak leh nak concentrate dari awal lg dan rasa cam nak nangis aje sbb dorang kacau kita. So, kita decide berhenti. Kita ambik beg kita dan terus gi cari tempat lain. Sebolehnya, kita elak dari berjalan dihadapan org sedang solat. Kalau ada yang sedang solat, kita akan tunggu jika dia hampir selesai. Kita ingat lagi, ustaz zaharuddin kata dalam ceramah kesempurnaan solat yang kita hadiri pada Mac lepas, katanya adalah berdosa bagi sesiapa saja yang lalu dihadapan orang solat kerana ia umpama mengganggu org tu yang sedang berhadapan dengan Allah. Amatlah tidak sopannya perbuatan itu dan orang yang sedang solat mestti menghalangnya. Walaupun dalam solat, kita boleh angkat tangan kita dan halang orang tu. Sebab kalau kita tak halang, kita pun dpt dosa gak. Tp, dalam hal kita lak, kita tak mampu nak halangnya sebab org terlalu ramai. So, kita biiarkan sj dan cuma berdoa agar diampunkan dosa kita dan org yang lalu tu. Boleh ke gitu?.. ermm..?? Lepas tu la, baru kita dpt satu tempat yang ok dan barulah boleh solat dengan lebih baik. Alhamdulillah..
 Masjid Quba' di Madinah
Keluar dari Masjid Quba', kami bergerak pula ke masjid Qiblatain. Masjid ini digelar masjid dgn 2 kiblat. Ini adalah kerana, pada awalnya dahulu nabi bersolat mengarah ke Masjidil Aqsa di palestin. Tp kemudian bila Allah mengarahkan nabi supaya bertukar kiblat ke kaabah, langsung pertukarannya adalah 180 darjah dari arah yang sebelumnya di masjid ini. Jadi sekarang, jika kita bersolat di Masjid Qiblatain, arah masjidil Aqsa adalah di belakang kita. :)Kami solat sunat di sini. Alhamdulillah, keadaannya lebih teratur daripada di masjid Quba' dan tak begitu padat dengan orang. Menjelang dzuhur kami pulang semula ke hotel. Solat di dalam Masjid Nabawi
Kali pertama masuk ke masjid nabawi, hati kita bergetar hebat. Kita nangis kerana amat2 terharu dan merindui rasulullah (s.a.w). Akhirnya, kita berada dlm masjid rasulullah. Ya Allah, betapa besarnya nikmat itu. Sungguh membahagiakan perasaan, tak dpt nak digambarkan bagaimana. Kita jadi semakin rindu dengan Kaabah. Tidak sabar rasanya hendak menjejakkan kaki di Mekah. Seawal masuk, kita membaca doa masuk ke Masjid nabawi. Kita baca dengan sungguh2 dengan mata yang berkaca2. Sungguh menyentap perasaan apabila menghayati makna doa itu. Doa itulah yang kita baca setiap kali masuk ke masjid. Lapangnya rasa hati tidak dpt nak digambarkan bagaimana. Kita minum air zam-zam yang byk disediakan dalam tong di dalam masjid tu. Setiap kali minum, kita baca doa minum air zam-zam. Solat fardhu kali pertama di dalam masjid Nabawi, ialah solat dzuhur. Alhamdulillah, kita tak de kesukaran mendapatkan tempat utk solat. Cuma apabila ada orang arab yang nak masuk duduk mencelah dkat2 kita, mak warning kat kita, pesan spy berhati-hati sikit. Kita tak paham.. hati2 utk apa?.. namun kita diam sj. Tanamkan dalam hati agar bersangka baik dgn org tu. Alhamdulillah tak de apa2 yang berlaku. ntah kenapa, kita sebenarnya jd tak kesah apa2 pun. Kita tak risau beg yang kita bawa dan letakkan di hadapan. Kita biarkan sj. Kita tak kesah orang nak tolak ke, nak apa ke. Janji kita dpt solat dgn baik. Yang penting hanya kita dan Allah sj. Kita tak mahu diganggu. Hati kita berasa sungguh bahagia. Bertambah bahagia apabila mengenangkan kita berada di dalam masjid nabi yang kita rindui. Seringkali kita mencongak-congak sendiri, ketika di Malaysia...betapalah bahagianya jika Rasulullah berada bersama-sama kita di zaman ini. Rindu dan cemburu dgn penduduk Madinah. Berada di dalam Masjid Nabi dan melihat sendiri bagaimana Al-Quran di agungkan dengan pembacaan yang tak pernah putus, semuanya membuatkan hati kita damai. Hati kita damai dan seperti tidak mahu lagi ke mana-mana. Cukuplah di situ. Dan masa pun berlalu dengan cepat tanpa disedari. Namun hari pertama di madinah menyaksikan kita mengalami fasa jetlag yang agak sukar utk dikawal. Selepas solat asar, kita berasa sungguh penat dan mengantuk yang amat sgt. Kita tengok mak pun tersengguk-sengguk tp dia masih tahan lagi. Kita membaca Al-Quran bg mengisi masa agar tidak dibaziri. Namun dek kerana mengantuk sgt, bacaan kita byk yang salah dan terpaksa diulang semula. Akhirnya, mak soh kita tido sekejap. Segan weh!.. ada lak nak tido dlm masjid nabawi. Org sume berlumba-lumba beribadah, kita nak tido lak. Tp ada la ramai jg mak cik2 yang dah mula baring dan tido dlm masjid. Awalnya kita tak mo tido.. tp bila kepala kita dah rasa berpinar2 dan pemandangan kita dah berpusing-pusing cam dalam mimpi, akhirnya kita rebah juga---tido!.. Dan itulah tido yang paling nikmat dan paling best rasanya. Bila kita terjaga dan buka mata perlahan-lahan, jantung kita berdebar-debar. Pemandangannya sungguh indah, hingga terdetik dalam hati ini, "dimanakah kita? Apakah tempat yang sgt bahagia ini? syurga ke ni?"<--- Ya Allah... acik linda koya... :) Tp memang benar, suasananya sungguh membahagiakan hati... sungguh2 bahagia, sukar nak digambarkan bagaimana. Kita pejam mata semula, sebab kita tak ingin perasaan bahagia itu hilang. Biarlah berterusan. Bahagianya... diulit bacaan kalamullah di dalam masjid yang sungguh mendamaikan jiwa. Hati bergetar lagi. Tp kita bangun jg. Bangun juga apabila tersedar yang kita berada di masjid nabawi. Kata mak, kita tido tak lama, dlm setengah jam je. Tp kita rasa cam lama sgt dah. Kita bergegas ke bilik air lepas tu untuk ambil wudhuk semula. Bilik airnya diluar dan dibawah tanah. Tp sungguh bersih dan selesa. Selesai wudhuk, kita segera kembali dan mengaji sementara menunggu waktu maghrib. Dalam hati kita berniat utk memasuki raudhah pada malam nanti... ~bersambung
Posted at 12:06 pm by azlinda
Permalink
Friday, June 20, 2008
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Maafkan kita kerana lama tak menjengah di sini. Cuti sekolah, so rumah penuh dgn kedatangan cucu2 abah. Acik linda pun sebuk melayan anak sedara. Ada buat program cuti sekolah sikit2 la. Yang pastinya hafizi dan Aina dah besar. Aina dah boleh berjalan, hafizi lak dah pandai bercakap sepatah sepatah. Alhamdulillah.. Hafizi balik dgn abang2 dia, Hafiz dan Harith yang dihantar oleh ayah dorang balik kampung. Kiranya, cam kena tinggal la. Bila dah bukak sekolah, abang2 dia balik tp hafizi masih tinggal sorang2 ngan kitorang. Alhamdulillah tak menangis dia. Kalau tingat kat mak dia, dia pura2 call dan cakap ngan mak dia. Manja lah fizi dgn kami sume. Kalau nak apa2, pandai je dia ngendeng ngan kita, pasal dia tahu kita lembut hati sikit, senang nak dpt. Hehehe.. Kalau nak manja2 nak soh tepuk2, gosok2 badan dia pun kat kita gak. Yg tak tahan tu, bila kita dah siap cantek2 nak gi keje, dia lak sebuk 'yak'..dan buat 'kueh' soh kita basuh. Nak wat cemana? basuhlah dgn kasih sayangnya. Terlewatlah acik linda gi keje.
Dan sebab tu jugaklah, kita tak sempat nak menulis kebelakangan ni. Abang kita ada gak tanya, bila nak updet blog?.. hehehe... malam ni la kot jawapannya..;)
ok..sebelum kita sambung kisah 'suatu perjalanan episod 2', kita nak khabarkan kepada semua yang mengenali sahabat kita yang terkenal dgn panggilan 'mek', bahawa.. kelmarin dia dan keluarganya dah bertolak ke Toronto, Kanada utk setahun, InsyaAllah. Ini adalah kerana suaminya (tentu ramai sahabat yang dah tahu siapa suami mek kan?), akan buat sub-specialist dalam bidang neuro-anaest. Alhamdulillah, semoga lebih ramai cerdik pandai Islam berkembang di dunia ni. Kita harap, mek pun tak balik dgn tangan kosong. Pegi la survey2 utk tambah ilmu kat sana. InsyaAllah. Setiap kali teringatkan mek dan pemergian dia ke Kanada ni, kita akan selalu teringat satu perbualan yang berlaku di Manila beberapa bulan lalu. Oh ya, citer pasal trip ke Manila pun kita tak sempat tulis lagi kan? InsyaAllah perlahan-lahan kita akan kongsikan bersama. InsyaAllah tak lupa.
Mek sebelum ini tak pernah ke luar negara. Dan kita selalu galakkan dia utk pergi bila ada peluang. Masalahnya dia dah byk kali lepaskan peluang. Mungkin tak de rezeki lagi. Setiap kali kita balik dari mana-mana, dia akan tanyakan bagaimana keadaannya, dan apa yang kita buat sume. Dlm byk2 hal dia sebenarnya risau utk ke luar negara. Risau sebab dia takut tak dapat menjaga ibadah dan islam. InsyaAllah, kita faham tu. Sbb tu dia byk tanya kita apa yang kita buat sume. Dipendekkan citer, pada bulan 2 hari tu, kami dpt sama2 pergi ke Manila. Oleh kerana kami agak ramai, jadi kita dah pesan dgn Hubert supaya sediakan hotel yang ada dapur kerana kita plan nak masak. So, dorang tak yah la susah2 nak pk bawak kita makan ke mana. Setelah sempat mengunjungi luar negara beberapa kali, kita dah faham dan rasanya dah tahu apa nak buat. Kalau kita sorang2, tak yah masak pun tak pe. Fikir perut sendiri, boleh cari je ikan 'smoked'.. ikan yang telah disalai kat pasar2. Kalau dapat ikan tenggiri biru yang siap disalai, huish!.. sedap tu. Semua org patut cuba. Tp makan ikan la sekor sampai kenyang. kalau lapar lagi, makan buah2an. Kalau roti, kita cerewet sikit. Satu2 engredient dia kita cek. Walaupun roti, tak berapa percaya. Setakat duduk beberapa hari, InsyaAllah no problem. Tp, kalau pergi beramai2 gini, roza pun ada, so kita fikir apa salahnya kita pakat masak ramai2. Selain lebih terjamin dari segi halalnya, kita juga dpt menjimatkan duit dan menjalinkan silaturrahim. InsyaAllah. Oleh itu, Kita pun pergilah membeli barang mentah di kedai dan pack dalam sekotak kecik je. Kita bawak barang seperti bawang besar, kunyit, garam, ikan bilis, cili boh yang dibuat sendiri dan dibekukan sebelum dimasukkan kedalam kotak, tuna dan mayonis, roti --(ini bekalan segera), biskut feveret--MUNCHIES SUGAR CRACKER!..<--- sedap ni.. minyak masak dan apa lagi eh?..itu je kot. Tak berapa ingat dah. Rasanya dah cukup. Dan kita pesan kat mek, roza dan SI supaya bawak beras 2 pot sorang, serta bwk pinggan dan gelas sorang satu. Tp sudahnya, hanya roza yang bawak pinggan dan gelas. Mek yang ditugaskan bawak rice cooker, telah hanya membawa priuk rice cooker sj, ibu rice cooker tu dia tak bawak. Ermmp... kita geleng kepala je. Tp tak pe.. itu sume perkara kecil sj.
Masa kat airport, mek dok tanya2 apa nak wat dgn kotak2 makanan tu. Kalau dorang buang cemana?. Kita jawablah.. tak mengapa, yang penting kita declare dan jgn selindung2. Kalau dorang nak buang gak, anggaplah tak de rezeki. Tp, yang penting jgn malu mencuba. Jgnlah kerana malu nak bwk barang makanan tu atau sebab takut dibuang, maka awal2 lg dah tak nak bawa. Bawa sajalah dan tawakkal. InsyaAllah ada rezeki kita. Akhirnya, kotak makanan kami tak dibuka pun. Bila kastam tanya, kita jawablah ada 'packed food'. Dia tulis something, pastu terus lepaskan kami. Clear smooth betul!. Kalau kat perth, jgn harap nak gitu. Dia akan bukak satu2, dan belek satu2. Tp pastu dorang repacked balik la kotak tu. Ada la dlm sejam gak nak abeskan cek kastam kat perth kalau bwk barang byk.
So, petang sebaik sampai di Manila, Kami masak nasi dgn periuk mek, guna dapur di hotel. Dapur letrik dalam bilik. Ada disediakan fridge dan microwave juga. Comel betul bilik tu. Ada sebuah katil Queen size dan single bed dan sebuah meja makan utk 4 org yang comel. kita suka betul. Oh ya, ptg tu, kami makan nasi panas2 dgn sambal ikan bilis yang kita bawa. Sedap sampai tak cukup nasi. Bertambah2 la pulak. Lapar sangat. Kawan yang dah lama tak jumpa, Dana, pun melepak di bilik kami makan sama2. Esok paginya, kita bangun awal pagi dan tanak nasi. Sambil2 bersiap, kita prepare nak masak nasi goreng pagi tu. Dgn rice cooker juga kita masak. Sempoi aje, letak cili padi dgn bawang besar dan ikan bilis goreng serta kiub ayam. Mana2 yang ada la. Tp, bila siap alhamdulillah sedap lak. Dah la tak cukup nasi goreng lak.
Petang tu, sebaik selesai kelas, hubert bawa kami membeli belah. Sebenarnya kami nak ke pasar, tp dia bawak gi pasaraya besar yang amat!. Terpegun kita. Tp nantilah kita citer psl suasana di Manila di lain entry, hari ni nak citer pasal masak memasak je. Di pasaraya tersebut kita sebenarnya nak cari ikan ke sotong ke udang ke, sayur ke.. utk dibuat lauk. Tp mak ai.. mahal benar harganya. Bayangkanlah udang yang biasanya kat kelate ni harga dlm 14 inggit sekilo, kat sana harga dia 480 peso bersamaan lebih kurang 40 inggit sekilo!.. berapa kali ganda tu. Ikan dan sotong pun mahal. Last2 kita beli ikan sardin yang besar sekor! (besar betul, tak pernah tengok kat Malaysia sebesar tu), beli sotong setengah kilo dan udang sikit je.. tak sampai setengah kilo kot. Dan itulah bekalan makanan kami utk 3 hari yang akan datang. Cukup tak cukup, belakang kira. Kena cukupkan jugak. Bukan apa, rasa tak sampai hati nak makan mahal2 gitu. Bila mengenangkan harga gitu, kita pasti tentunya ramai rakyat manila yang tak berpeluang makan makanan laut. Kami tak boleh membazir dan mesti habeskan bekalan makanan yang ada. Oh ya, kami beli telur dan cendawan juga. Dan roza ada bwk maggi. Roza berkenan sgt dgn bawang putih manila yang kecik2. Kecik betul, kita malas nak ambik bila tengok harganya jika nak dibandingkan agak mahal dgn bwg putih lain. Kalau ikut kita, kita ambik bwg putih yang tak berapa cantek tp masih boleh diguna lagi dan dan siap di buang kulit tu. Harganya murah sikit, dan pada fikiran kita buat apa nak beli yang kecik sgt tu. Nanti nak kopek kulit pun susah dan memakan masa. Tambahan lagi kami duduk sekejap aje, tak perlu beli yang byk dan cantek sgt la. Tp dek kerana hubert punyer promo, kata bawang putih tu rasa dia best, roza pun teruja la nak try. Kita pun ada rasa nak try la jugak, tp tak de la teruja sgt. Oleh kerana roza nak sgt beli, maka kita pun beli la jgk bwg puteh kecik tu.
So, bermula pada hari tu.. setiap pg semua org ternanti-nanti kita nak masak apa, dan setiap petang juga. hehehe.. lawak betul. Kita wat ommelete best punyer, tp sebab masak dlm rice cooker, ommelete tu telah menjadi scramble egg. Mek ditugaskan memasak nasi dan jaga rice cooker serta berkemas. Dia jg tolong prepare bahan mentah di saat kita balik lambat. Roza ditugaskan kopek bawang putih kecik yang dia berkenan tu. Kecik sgt la. Habes selabu pun tak cukup lagi!Lama2 roza pun malas nak kopek. Kesimpulannya, berselera kami makan di Manila. siap boleh bwk bekal lagi. Bila bekal dibawa, mesti habes dimakan oleh kawan2 lain. Kadang2 tu, dlm perjalanan ke sekolah pun dah habes di makan. Tak sempat tunggu tenghari. Sebab tu la kita tak boleh lupakan satu perbualan di meja makan antara kita, mek dan roza pada suatu pagi di Manila. Sambil2 makan dan kami borak2 la pasal jatidiri bila di negara orang. Bila paused sekejap, tetiba mek pun bersuara. Dia cakap..
mek : Aku rasa, InsyaAllah..aku tahu nak wat apa dah kalau gi oversea. Aku rasa, aku tahu doh nok bawak apa bila nak gi Kanada nanti.
linda dan roza : (sambil memandang dengan series kearah mek).. nak bwk apa?
mek : (tersenyum sambil memandang ke arah kita), aku nok bawak mung..
kwang3x... tersedak kita dibuatnya. Jawapan yang tak disangka. Tp roza menyokong la. Kami ketawa jer lepas tu. Kata mek, sebb dia rasa cam byk benda nak kena pk so dia rasa lebih baik dia bawak kita je terus sebab kita tahu nak wat apa. So, dia boleh duduk relax. Lgpun ,kita boleh jadi pengasuh anak2 dia. A good one sebab kita SLP dan ada masters, serta dia tak perlu risau pasal macamana nak menjaga islam.. hehehe... mek... mek...
I missed that moment. Gurau2 gak, tp kita jawablah, ok gak kalau dia nak bwk kita sama. Dgn syarat, tambah gaji dan izinkan kita gi belajar kat sana. Hehehe... maunya dia nak..
ok.. itulah kesahnya. Huhuhu... sedeh lak mek tak de utk setahun ini. InsyaAllah, tahun depan ketemu lagi.
Untuk Mek,
Semoga selamat pergi dan selamat kembali dan semoga dipermudahkan segala urusan semasa di sana. Belajarlah selagi boleh walau di mana pun kaki berpijak di bumi Allah ini.
Posted at 09:48 am by azlinda
Permalink
|
|
|