Entry: Apakah takrif kejayaan? Sunday, March 22, 2009

Pertama mula, kita ucapkan tahniah buat adik Nik Nur Madihah atas kejayaan cemerlangnya memperolehi 20A dalam SPM baru-baru ini. Terharu rasa hati bila melihat kedhaifan keluarganya, tetapi dia telah berjaya membuktikan bahawa kebendaan bukanlah penentu kejayaan. Respek kat dia.. lebih-lebih lagi bila dia membuktikan bahawa berpegang kepada agama juga bukanlah penghalang kejayaan. Alhamdulillah... tahniah. Sejuk rasa hati bila membaca berita-berita sebegini ditengah-tengah lautan berita yang 'memanaskan' hati dan otak. Alhamdulillah... rasanya kejayaan adik Nik Nur Madihah juga menjadi pengubat hati buat ramai orang.. Tahniah sekali lagi.

Apakah takrif kejayaan?

Ada banyak takrif kejayaan namun apakah kejayaan yang hakiki?

-------> saat menerima kitab amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak.

Lantas, kita di dunia hanyalah berusaha menghabiskan nyawa yang ada, dengan mengisi kehidupan dengan amalan yang boleh membantu kita di akhirat kan? Bukankah hidup ini lawannya mati?. Kita semua menuju kematian. Soalnya... berapa banyak harta yang kita boleh bawa setelah kita mati?.. Pernahkah kita 'mengira' berapa banyak harta kita yang boleh dibawa ke akhirat?

Semakin cepat kita sedar akan hakikat ini adalah semakin baik. Tapi malangnya, majoriti manusia tidak menyedarinya.. dan sekalipun mereka sedar mereka tidak berusaha kearahnya. Inilah yang dinamakan 'tertipu dengan keindahan dunia'. Kesibukkan dalam meneruskan hidup seharian menjadikan masa pantas berlalu dan umur hilang tanpa diisi sepenuhnya. Kita mencari-cari ruang untuk berehat dan bertenang untuk beramal ibadat, tetapi di kebanyakan waktu itu kita terlalu lelah untuk memenuhi tuntutan kehidupan. Lalu saat- saat itu berlalu sebagai satu amalan kerehatan untuk kesihatan. Kita tidak mampu menukar waktu senang dan lapang kita dengan amalan tambahan. Kita terlalu lemah dengan nikmat dunia dan kita jual akhirat dengan dunia. Nauzubillah..

Lantas jadilah kita, manusia yang tertipu dengan nikmat yang paling banyak manusia tertipu dengannya.... iaitu nikmat MASA!. (Lindungi kami Ya Allah..)

Pernahkah terfikir, saat kita hendak menonton televisyen untuk satu slot drama satu jam, satu jam akan dibaziri namun.. jika satu jam itu dipenuhi dengan membaca Al-quran, satu juzuk InsyaAllah sudah dihabeskan?.. dan manakah yang lebih bernilai di sisi Allah?

Krisis nilai............ya, manusia semakin ketandusan nilai. Semakin keliru untuk merujuk nilai yang bagaimana. [Semoga dihindarkan dari kita semua.. Semoga dipelihara oleh Allah. Semoga Allah menunjuki kita bahawa yang benar itu benar dan yang salah itu salah. Amin]

Sekiranya anda berasa lelah dengan kehidupan setelah anda berusaha sedaya upaya memenuhi masa anda dengan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat, senyumlah dan gandakanlah usaha anda.... kerana sekurang-kurangnya anda telah berusaha. InsyaAllah usaha anda akan beroleh pahala dari Allah.

Sekiranya anda berasa terlalu penat dan seperti ingin berputus asa, tiada perkataan yang lebih baik daripada SABAR!  dan LA HAULAWAKUWWATAILLABILLAH......... tiada kekuatan hanyalah dari Allah...sebagai pengubat hati. Tahanlah segala kesakitan itu kerana ingatlah janji Allah bahawa sesudah kesulitan pasti ada kemudahan.

Sekiranya anda disakiti dengan fitnah yang tidak mampu anda tepis dengan pembelaan, yakinlah bahawa Allah lebih Mengetahui segalanya. Maafkanlah dan teruskan hidup dengan sebaiknya kerana Allah. After all, kehidupan hanyalah untuk mengisi umur sementara menunggu mati. Kehidupan adalah tempat anda diuji dan merasai derita. Berbahagialah bagi mereka yang diuji dan menang dalam ujian malah beroleh keberkatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan diakhirat. Tetapi ingatlah, tempat untuk merasai kebahagiaan yang hakiki adalah di Akhirat. Kejarlah akhirat tetapi jangan diabaikan dunia.

Satu coretan spontan dari kita..untuk ingatan buat diri sendiri yang sering lupa dan sebagai renungan bersama...Semoga beroleh manfaat.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments