Entry: syukur kepada Allah.. Tuesday, May 05, 2009

Hari ini tanpa sedar kita terucap di bibir,
"Alhamdulillah Ya Allah. Kau telah menyelesaikan masalahku pada hari ini. Syukur Alhamdulillah. Kerjaku dipermudahkan"

dan tanpa sedar juga kita berpesan kepada diri sendiri,
"kau mesti lebih berusaha linda,"

dan bila kita tersedar, langsung tergerak untuk menulis di sini. Untuk berkongsi apa yang kita rasai disini.. sebab rupanya, ini bukan pertama kali kita ucapkan ayat2 itu. Hampir tiap hari. Tiap hari juga kita mengadu kepada Allah dan memohon agar diberi kekuatan untuk kita teruskan hidup kita sehari lagi kerana Allah. Mohon agar diberi kekuatan untuk kita sentiasa memenuhi masa dengan perkara yang diberkati Allah. Amin.

..............................................................................

Pernah satu ketika, seseorang bertanyakan kita,
"mengapa jadi sangat bertanggungjawab?".... dan kita terdiam dengan soalan itu. Dia berseloroh kah? atau series?... Perlu jawab kah? <--- ini yang bermain di minda. Ya, kita faham. Dia cuba imply bahawa jika kita menjadi seorang yang tidak terlalu bertanggungjawab, maka hidup kita akan lebih mudah dan kerja akan jadi kurang sibuk. Secara literal.. mungkin ada benarnya. Tapi, hati berbisik--tidak bersetuju!. Tangungjawab adalah kerana Allah. Kita tak sanggup membayangkan bila berada di hadapan Allah kelak, dalam mahkamah Allah nanti, kita tidak dapat menjawab soalan berkaitan ini dan seluruh anggota tubuh kita berkata-kata, menjadi saksi atas segala perbuatan kita di dunia ini.. Nauzubillah...

Atas kerana inilah juga kita telah membuat satu keputusan yang sangat sukar dalam hidup kita. Keputusan yang tidak ingin kita lakukan, tetapi kerana Allah, kita mesti lakukannya. Dan kita mesti kuat untuk meneruskan keputusan itu kerana Allah. Kita mesti tambahkan kesabaran demi untuk menjaga keputusan ini kerana Allah dan untuk menjaga kemaslahatan yang lebih besar buat diri kita dan sahabat kita itu di akhirat kelak. Semoga sahabat kita memahaminya. Hanya Allah yang tahu segalaNya. Adalah teramat sukar apabila kita terpaksa membuat keputusan yang kita paling tidak ingin lakukan. Tiada yang menghalang kita dari tidak membuat keputusan yang tidak disukai itu, namun atas kesabaran kerana Allah dan tawakkal kepadaNya, kita lakukannnya juga. Kita berserah diri kepada Allah. Tiada kekuatan melainkan kekuatan dari Allah.

Pengurusan masa adalah pengurusan nyawa.--- ini yang diutarakan dalam majalah feveret kita sekarang- SOLUSI. Ironinya, setelah kita membuat kategori utk setiap tugasan kita, kita dapati tugasan kita 90% terletak dalam kategori "penting dan segera". hal ini secara tidak langsung memberitahu kita mengapa kita terasa dihambat waktu dan kerja yang sentiasa meminta perhatian dan tidak pernah berhenti. Kata seorang sahabat kepada kita,
"jika begitu halnya, menurut cerdik pandai, hidup yang begini takkan kekal lama".. :).

Kita senyum dan tidak membantah apa2. Kadangkala, kematian itu didambakan. Sahabat kita kelihatannya tidak dapat mempercayai kenyataan tentang tugasan kerja kita. Kita hanya senyum sambil dalam hati berbisik,
"itulah hakikat hidup saya sekarang dan awak takkan tahu bagaimana saya menghadapinya saban hari"...

Secara serius, memang kita sendiri tidak pasti bagaimana kita menghadapinya setiap hari. Malah kita sendiri tidak sedar hakikat beratnya dan banyaknya tanggungjawab ini. Hanya apabila kita bertemu dengan bekas lecturer kita dulu baru2 ini, dan kami berbual, barulah kita sedar semuanya. Dia banyak bertanyakan soalan demi soalan. Dia ingin tahu semua perkara, lantas kita end up tak henti2 menjawab soalan2 dia. Di akhir perbualan yang berjam-jam itu, akhirnya dia memandang ke arah kita dengan satu pandangan yang amat sukar utk ditafsirkan sambil berkata,
" Linda, you handle so many things and yet you've done it very well as if all of it are nothing".....

I'm startled!!.

"yes you are.. You give in to Allah so much, and He help you a lot"...

(wow!..is that true?)
Alhamdulillah......... praise to Allah. Alhamdulillah....Alhamdulillah.... tears coming out from my eyes... Alhamdulillah syukur kepada Allah. Nikmat yang kita tidak tersedar selama ini.

Memang ramai orang bertanyakan kita bila berkaitan soal kerja, "How did you do it?.. to be able to do all that?"... i will juz laugh.. it's complicated to explain and literally, I pun tak tahu cemana. Yang kita tahu hanya satu.. Allah berkuasa ke atas segalanya. Tiap hari kita akan 'menghantar laporan' kepadanya dan tiap hari kita terasa amat takut untuk meneruskan hari. Kita takut jika kita lagho dan membuat perkara2 yang tidak disukaiNya, lantas jika begitu bagaimana kita hendak berhadapan dengan Dia kelak?.. kita tak sanggup berhadapan dengan Dia dalam keadaan itu setelah kita kecapi segala nikmat hidup yang Dia anugerahkan buat kita. Kita tak sanggup. Lantas tiap hari kita mohon agar diberi kekuatan untuk mengisi masa dengan baik dan tidak melakukan perkara2 yang tidak disukaiNya. Dan kita tidak pernah memikirkan hasilnya. Yang kita fikirkan adalah untuk berusaha, berusaha dan berusaha lagi pada waktu sekarang/ now. Masa depan bukan milik kita. Mana tahu mungkin ajal tiba sebelum sempat melihat sinaran matahari hari esok... kan? inilah yang kita lakukan.. dan mungkin inilah jawapan kita buat semua soalan2 itu.

Alhamdulillah... syukur... Tak dpt kita nak bayangkan betapa besarnya rasa syukur ini kepada Allah. Hanya Allah jua yang tahu. Secebis luahan hati kita untuk tatapan bersama. Semoga beroleh manfaat bersama dan diberi kekuatan dan kesabaran untuk menempuh hidup di dunia yang sementara ini.

Ya Allah, bimbinglah hambaMu ini dan sekalian saudaraku dan sahabat2 agar sentiasa tetap di jalan yang Engkau redhai dan beroleh petunjuk taufik dan hidayahMu serta menjadi hambaMu yang lebih baik dari hari-hari semalam. Tambahkanlah kekuatan buat kami untuk sentiasa memperbaiki diri dan bersyukur atas anugerahMu. Amin..


p/s: Sudah setahun kita tinggalkan bumi Mekah...tetapi ianya masih segar di ingatan dan di mata ini. Kita rindukan segalanya di sana, hatta pepasir dan debu2 yang berterbangan. Bilakah akan bersua lagi dengan Baitullahilharam?.. Bilakah agaknya kita akan dpt melihat kaabah yang tersergam indah lagi?.. segalanya amat indah di sana. Teramat indah... kita sangat merinduinya. Bilakah akan bersua lagi?

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments