Entry: Clinical Viva 2009 Saturday, May 09, 2009

Alhamdulillah syukur, akhirnya... kebimbangan 4 tahun berakhir sudah buat sementara waktu. ALhamdulillah...

Kita akan ingat detik2 itu. Kita akan ingat wajah2 mereka saat diberitahu keputusan mereka. Kita sendiri merasa gembira dan tak dpt menahan senyuman ini dari terpancar di wajah, walau seserius mana pun kita cuba berlakon.

oh.. kita bercakap tentang viva klinikal pelajar kumpulan pertama kita. Akhirnya semua penantian telah selesai. Fikiran kita terlalu occupied dan sibuk untuk memikirkan hasilnya sebelum itu. Kita hanya fikir utk uruskannya dengan baik, langsungkannya dengan sebaiknya, cepat2 ingin selesaikan kerana kita sudah terlalu exausted. Sebaik habes, badan  dan fikiran sudah cukup penat, tidak bersisa. Tetapi kita puas hati. Hari ini, barulah kita boleh berkongsi kegembiraan ini disini. Setelah fizikal ini pulih dari kepenatan yang amat.

Alhamdulillah, syukur..

Dan rupanya, peristiwa ini merupakan satu peristiwa besar dalam sejarah kerjaya kita. Boleh dikatakan secara rasminya kita telah mendapat approval dari sifu yang sgt kita hormati dalam bidang ini. Kita tahu bahawa bidang kita ni sangat kritikal, mahal dan tak ramai orang tahu. Kita tahu bahawa bidang kita ini ada standard sendiri yang mesti dikekalkan di seluruh dunia. Kita tahu bahwa kita hanya setahun jagung dan bukannya terer sangat dalam bidang ni. Tetapi walau dengan segala kesedaran itu, kita masih meneruskan usaha utk membuka kursus ini di USM. Waktu itu, SIFU kita berada di US. Dan percayalah, bahawa kita pun sebenarnya bukannya yakin sangat utk teruskan semua tu. Cuma, atas keyakinan kepada Allah bahawa kita hidup pada masa sekarang/ NOW!.. bukan masa akan datang. Jadi, apa yang patut dibuat pada waktu itu, kita buatlah. Apa yang Allah lorongkan buat kita, kita buatlah. Takut?... memang sangat takut. Apatah lagi pada permulaan ingin membuka kursus ini, kita mendapat tentangan yang bukan sedikit dari seluruh Malaysia terutama dari senior2 veteren termasuk SIFU kita sendiri. Malah kita mendapat tentangan dari rakan sejawat di USM sendiri. Kita pernah pergi ke sebuah seminar dengan sahabat ini, dan end up kami ber argue-- tentang hal ini sepanjang hari. Argue secara baik la.. tak de lah sampai gaduh2 tak bertegur sapa. Honestly, kita memang cukup penat untuk melayan tentangan2 ini. Tp kita layan juga dengan sabar, penerangan demi penerangan terutamanya tentang Yakin dan Tawakkal kepada Allah. Tak lupa juga doa yang kita panjatkan kepada Allah..

Kita bertuah kerana mendapat sahabat yang sentiasa mengingatkan kita tentang yakin dan tawakkal kepada Allah. Kita berterima kasih kepadanya, kerana seringkali bila kita ditimpa kesulitan, dia akan mengingatkan kita kepada Allah. Alhamdulillah... akhirnya, sedar tak sedar semuanya telah berlalu dengan baik. Yang paling indah ialah apabila kita mendapat approval dari SIFU kita. Kita takkan lupakan kata-katanya sejurus sebelum dia pergi sebaik selesai clinical viva..

"Linda, don't close the program!"..

It means everything to me...

Syukur, Alhamdulillah........

SIFU menjadi external examiner untuk viva klinikal kali ini setelah external examiner jemputan kami dari UK tak dapt datang pada tahun ini. Kita tak pernah terlibat dengan viva klinikal, jadi kita tak ada pengalaman bagaimana hendak mengendalikannya. Kita admit awal2 dengan dia. Dia ok. Jadi kita hanya banyak mendengar soalan2 dan bagaimana dia mengendalikannya. Kita hanya menyampuk dan bertanya student bila kita lihat mereka perlukan bantuan sahaja. Kita byk belajar, ALhamdulillah..

Paling indah bila kami temui pelajar yang cemerlang melalui viva. Pelajar kita tak ramai. Satu batch hanya 9 orang. Tp untuk train 9 orang menjadi seorang professional patologis pertuturan bukanlah mudah dan kosnya mahal. Dan kali ini, dari 9 orang, hanya 6 orang yang telah confirm lulus. Seorang mendapat markah penuh- cemerlang klinikal dan 2 orang mendapat markah yang baik. It is not bad at all kan?. Kita sungguh bangga dengan semua pelajar2 kita. Terumanya yang cemerlang itu, H namanya. Dia bukanlah pelajar yang gifted tp dia sgt rajin. Pada tahun2 pertama, kita masih ingat bagaimana kita menegur dia dalam satu presentation yang mesti disampaikan dalam bahasa Inggeris. Seminggu kemudian dalam satu presentation yang lain, dia respond terhadap semua teguran kita dan buat improvement. Hasilnya adalah sungguh baik. Dan begitulah dia, dari setahun ke setahun. Sentiasa memperbaiki diri. Kita tak hairan bila dia menunjukkan prestasi yang sungguh cemerlang. SIFU kita sungguh gembira dengan H. Kemahiran klinikal yang ditunjukkannya perfect sampai SIFU tak de soalan nak tanya. Bila kami test dia pada teori dan aplikasinya, pun dia dapt menjawab dengan baik. Hasilnya dia dapat full marks.

SIFU kata, "if you can produce a student with this kind of performance, it means you have done your work very well. Doesn't matter if you have student who failed anymore."..... alhamdulillah..

kita cakap, " we taught the student the same things and yet some perform better, some perform worse. Who's fault is that, if the student's failed?'

susah nak cakap...

Ada student yang kita sungguh risaukan sehingga kita sgt mengambil berat hal pelajaran dia, malah hal diri dia. Kita ingin pelajar ktia semuanya cemerlang. Tp, ada pula yang kata bahawa kita tak layan mereka equal seperti orang lain juz becoz kita ambil berat dan ambik tahu tentang mereka. That's it!.. I'm changing my policy from now on.. After all, they are all young adult. I musnt treated them as teenagers anymore. Masalahnya, pada awal kemasukan-tahun 1- mereka ini memang sangat kebudak-budakkan.

Berbalik kepada H, SIFU offer dia officially untuk kerja di bawah universiti dia segera. SIFU minta dia aim untuk Phd dan professorship!!... mak aii... dengan kita pun SIFU tak cakap gitu. Well, of course... sebab kita bukannya seterer itu. I must admit, my student tu lebih baik dari kita. Alhamdulillah... itulah yang ktia harapkan.

Semasa memberitahu keputusan/ feedback kepada pelajar, kita paling tak boleh lupa bila SIFU gunakan ayat ini,

"......... you have passed the clinical exam. Welcome on board. You are now our collegues. Congratulations!"...Big Smile

{This means so much!..}

Untuk yang kena mengulang... of course, dari awal sudah diberitahu tentang standard for practice yang mesti dipenuhi. Kita harap mereka tak putus asa. Belum masanya untuk putus asa cuma kena usaha sedikit lagi. InsyaAllah akan berjaya dalam clinical viva yang akan datang.

Untuk yang berjaya, harap mereka tak terlalu berada dalam 'comfort zone' terlalu lama. Ada byk perkara lagi yang mesti dipelajari dan dipenuhi. Jgn biarkan pujian melalaikan kita.

Alhamdulillah, alhamdulillah...Allah permudahkan urusan kita lagi. Kita mesti berusaha dengan lebih baik lagi. Kita mesti lebih beryukur kepadaNYa. Alhamdulillah...

Sgt berterima kasih kepada rakan2 sekerja kita. Terima kasih atas kesefahaman yang ditunjukkan. Jgn pernah berhenti berusaha. Tahun ini kami menerima lebih kurang 100 permohonan yang memilih program kami sebagai pilihan pertama. Yang memilih sebagai pilihan kedua dan ketiga, kami tak tahu pula seramai mana. Namun, dari 100 permohonan itu, kami hanya akan ambil 10 orang sahaja. Dan bukan kami yang pilih. SENAT yang pilih. Kami hanya terima. Begitu sengit persaingan untuk kemasukkan kali ini nampaknya. InsyaAllah, jadikan ini sebagai motivasi dan semangat buat kita. Chai Yok!..

P/S: bekerjalah dan berusahalah kerana Allah s.w.t.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments